Voucher yg I menang ni memang untuk weekend stay je. So decide ngn husband nak check in Jumaat ptg sebab Sabtu dah plan nak balik rumah in-law. Before check in, kena buat reservation by email dulu sebab I guna voucher. Kalau korang tak guna voucher boleh je buat reservation by call. Part ni agak krik krik sikit sbb dorang lambat sangat respond dekat email. So better kalau nk reserve bilik guna voucher, korang email awal seminggu ok.
Waktu check in Armada hotel ni dari pukul 2pm onwards. So, pukul 5lbih bru aku check in. Memang cantik hotel ni. Padan la dgn standard hotel 4 bintang.
So ni kat lobi hotel. Bersih, cantik. Front desk pny servis pn memuaskan.
So, dh settle check in, bilik I tingkat 10. I dapat bilik Deluxe King room. And for those yg stay kt hotel ni & bwk baby, don't worry sbb pihak hotel sediakan baby cot for free. Masa check in dorang akan tny nak ke tak. Mula rasa mcm tak nak sbb Sofia mmg tak pernah tido asing dgn aku. Tapi fikir balik why not just give her a try.
So sampai tingkat 10, dengar org drill dinding. Rupanya skrg ni hotel tgh buat renovation. Tp nsb baik bnyi bising tu tak sampai mlm. Kalau tak sampai ke pagi la I tak tido. So, ni rupa bilik I.
So masuk je ada almari. Dlm almari dh lengkap ada iron with iron board. Which is sgt la aku bersyukur ada 2 benda ni. Kalau tak ada org gi makan nanti tudung kedut sbb aku lupa bwk travel iron. Nasib baik! Selain tu, ada peti besi untuk simpan brg, mini fridge & hair dryer.
Ni pulak tandas. Bersih, sinki basuh tgn & bath shower ada air panas. So, Sofia mndi dlm sinki jela. Dia sejenis yg xboleh pijak lantai tandas. Tak tau lah sebab sejuk ke hape. So mandi dlm sinki lah nakk. Owh gambar shower I tak amek pulak. Shower dia bdepan dgn sinki ni. Separate by see through glass.
Budak kecik ni dh rasmi dulu katil. Tapi cik adik bkn tido ats ni tau mlm ni. Cik adik kena tido dlm baby cot. Hihi.
Haaa. Ni katil cik adik. Biar dia tgk keliling cot tu dulu. Abaikan ayah dia yg dh macam penyu terdampar kat sebelah.
Bagi chance la ibu posing sikit kan.
Start dh si kecik ni explore 1 bilik. Overall, bilik dia mmg selesa, luas, bersih & cantik. Thumbs up!
So, dah malam ni sampai lah masa yg I tunggu-tunggu. Apa lagi nak pi makan buffet la. Makan kn hobi I. Buffet dinner dia start pukul 6.30pm-10.30pm. So lepas solat maghrib, I pun gi buffet dinner.
Masa I sampai kat Cafe dia, kalau tak silap Utara Coffee House nama dia. Bdepan dgn lobi registration je cafe ni. Tak ramai org pun. Mungkin sebab Jumaat mlm kn. So tak ramai sgt org. Tempat untuk kita dah di reserve. Sbb I dh call cafe utk buat reservation few days before.
So, I pun start la mkn. Trust me, makanan dia semua sedap! Ada varieties of foods yg kita boleh pilih. Ada chinese style, mamak style, nyonya style. Mostly memang I try semua. Nasi ja I tak makan. Sebab kalau makan nasi, confirm kenyang dah & tak larat nak mkn yg lain. Ni antara makanan yg I sempat snap gambar.
Ni first round pny desert yg I mkn. Semua sedap. Paling sedap chocolate ball. Tapi tak amek gmbar. Lupa nk amek gmbar sbb kusyuk mkn. Hihi. Semua gambar makanan ni utk 1st round pny makan ja. Lepas tu dh lupa amek gmbar. Haha.
Ha, ni antara lauk yg ada. Ada satay, butter prawn, grill lamb leg with black pepper sauce, fish with butter sauce, fried lamb with vege, bnyk lagi lahh yg ada. Semuaaaa sedappppp.
Aiskrim. Ikut I nk mint, tapi ni husband yg amek. Flavor ni la peberet dia.
Roti canai pun ada uolls. Panas-panas lagi. Nk mkn baru dia masak. Husband xmkn kambing so dia amek chicken curry.
Ni feveret si kecik. Chicken soup with wintermelon. Sedap! Rasa fresh je lepas hirup sup ni.
Overall mmg puas hati makanan dia. Tgh tulis blog ni pun rasa nk pi mkn lagi.
So mmg tak rugi kalo korang nak stay kt hotel ni ataupun nak makan buffet dinner dia. Memang sedap! Overall experience kt sini, I kasi 5 bintang. 😍
No comments:
Post a Comment