Friday 17 February 2017

Street Pizzeria Setia Walk, Puchong

Hari tu menang contest Fave dapat la RM20 Fave credit. So start la scroll kmarin nk cari tempat makan mana yang best ada dalam Fave ni. Cari area Puchong je sbb malas nk g jauh-jauh.

Survey punya survey banyak good reviews yg pergi makan kat Street Pizzeria Setia Walk, Puchong. Ramai yg kata lasagna dia sedap.

So ni deal dia kt Fave:
So total yg I kena bayar RM8.90 je sebab baki lagi RM20 bayar guna Fave credit yg I menang tu. Save duit husband I. Haha. Ada 2 set yg kita boleh pilih.

Ni untuk Set A:

Ni untuk Set B:

So I pilih Set B sebab lg banyak pilihan makanan dia. Sebab utama nak try dia punya lasagna lah kan.

Nak dijadikan cerita kami bertiga pun pi lah sini hari Khamis malam dengan harapan nak makan pizza. Tapi alangkah hancur luluh hatiku ini. Restoran ni tutup. Haduiii. Terbakaq rasa hati ni. Tulis operation hour dari 11am-10pm. I sampai pukul 9pm kot. Takkan dah tutup. Kecewa. Ubat hati yg lara ni p mkn kt Murni Discovery Bukit Jalil. Mampu huhuhu ja lah.

So ptg Jumaat aku call dulu restoran ni tanya malam ni buka sampai pukul berapa. Dia kata sampai pukul 10.30pm. Fineeee. Aku pun bgitau warning jangan tutup awal pulak. Haha. Dia bagi alasan malam Khamis tu tutup awl sebab customer dah tak dak. WHATEVERRR. Mungkin sebab owner takde, pekerja dia pun suka hati lah tutup pukul berapa. Hadoiii. So better kalau korang nak g mlm, call dulu tanya ok.

So sampai Setia Walk ni korang boleh parking dalam parking shopping mall dia. Tapi kalau bnyk duit nak parking valet silakan. RM10 per entry. Aku parking dlm mall je. Nk mkn plg lama pun sejam. Watpa nk bazir duit parking valet. Cuma kalau parking valet tu boleh la korang nak parking sebelah restoran ni terus. Sebab restoran dia paling hujung sekali. Street Pizzeria ada di Blok D berhadapan Subway.

Restoran dia selesa. Tapi lupa nak amek gambar sebab perut lapar. Huhu. So aku order chicken salad, Spicy Salad & Lasagna. Tapi yg sedihnya boleh pulak staff dia kata lasagna dh habis. Pffftttt. Dah la tujuan utama sbb nk mkn lasagna. Huhuhu lg. Hmm. Takde rezrki nk wat mcm mna kn. Aku pun order je chicken chop.



Mushroom soup not bad. Tak pekat sgt mcm Pizza Hut. Lebih cair tapi cukup rasa mushroom.

Chicken salad sedap. Banyak salad dia letak. Salad dressing pun just nice.

Spicy beef pizza. Sedap. Cukup rasa pedasnya. Cheese pun bnyk dia letak.

Well, chicken chop dia ayam memang lembut. Sos dia guna untuk marinate ayam pun memang sedap. Cuma mungkin presentation dia tak berapa menarik. Harga dia RM13.90 kalau tak beli dgn Fave. Which is kurang berbaloi bagi I. Sebab ayam dia portion agak kecil & takde gravy like black pepper sauce and etc.

Utk drinks pulak boleh pilih nak Pepsi, Revive atau Mountain Dew. Overall, untuk rasa I bagi 4/5, presentation 3.5/5

Sekarang ada promotion 20% sempena grand opening. Free delivery for minimum purchase of RM25. Boleh la kalau korang nak try. :)

Sapa-sapa yg nak beli deal dari Fave boleh click link ni, dapat RM2 diskaun. ---> RM2 OFF FAVE VOUCHER