Tuesday 29 August 2017

Morning Sickness Teruk!

Hah! entry ni bukan sebab I pregnant sekarang ye uollss. 😂 Ni sebab malam ni tak boleh tido, jadi hakak teringat masa pregnant Sofia setahun lepas. Fuh! walaupun dah setahun berlalu, rasa tu masih tetap boleh ingat sampai sekarang 😫

So ceritanya bermula begini....... First day dapat tahu pregnant (dah dapat confirmation dari doc), masa ni tersangat bersyukur dan happy. Dunia rasa indah dan bahagia 😁. Tak dak langsung rasa mual atau simptom-simptom orang pregnant.

Masuk bulan kedua. Hmm..... badan rasa letih, rasa nak demam, lemau semua ada. Time ni tak dak muntah-muntah lagi. Cuma selalu pening kepala. Mengantuk jangan kata. Asal ada free time kat ofis, tido. Balik umah dah takde dah nak tengok tv sampai lewat malam. Weekend benda paling best buat, tido. So bulan kedua ni cuma rasa letih dan banyak tido.

Masuk bulan ketiga. Ni lah permulaan morning sickness yang tiada berpenghujung. Bukan takat morning sickness, hakak kena sekali afternoon, evening, & night sickness! 😭 24 jam muntah. Selera makan drop to 0! Tak pernah seumur hidup rasa macam ni. Memang tak boleh langsung makan, even minum. Memang terus muntah. Seksanya ya Allah. Tuhan je tau masa ni macam mana struggle nya hidup hakak.

Masuk bulan ke4. Masih sama. Air kencing bukan takat kuning, dah nak oren dah sebab badan dehydrate sgt. Makan muntah, minum muntah. Lembik terus. Sampai ada 1 tahap tak makan apa pun tetap nak muntah. Sampai muntah keluar buih pahit dan darah. Masa ni memang muntah sambil menangis je. Mana tak nangis, bayangkan tekak sampai perit, mulut sentiasa rasa pahit.😭 Dah puas google, tanya orang, apa nak buat untuk hilangkan rasa nak muntah ni. Macam-macam dah cuba. Sedia asam, selalu kunyah biskut kosong, minum air masak, minum ais. Semua tak menjadi. 😔 Last-last masa check up kkia, nurse dapat detect yg bdn memang kurang sangat air. Darah pekat sangat. Even nak amek darah pun kena cucuk sampai 3 kali. 😭 Doc bagi surat suruh admit hosp hari tu jugak. Tak boleh hold dah.

Maka bermalam lah aku di hospital. Walaupun emosi tak stabil dok hospital, tapi aku syukur sangat. Sebab sepanjang duduk hosp, aku tak muntah langsung! Mungkin sebab doc drip air dlm badan, jadi badan ada tenaga. Slowly, aku pun dah boleh makan. Tiap kali lepas makan doc datang pantau makanan aku. Banyak tak aku makan. Huhu. Selagi aku tak habiskan makanan, air kencing tak clear, darah tak ok, doc taknak kasi balik. 😭 Alhamdulillah, duduk hosp 2 hari je. Dan berjaya drip 8 botol air. Huhu. Sampai bengkak tangan hakak kena cucuk.

Lepas keluar hosp ni aku ada lagi muntah-muntah dan berterusan sampai lah kandungan 6 bulan. huhu. Tapi muntah ni dah tak seteruk dan seseksa sebelum ni. Syukur sangat sebab sekurangnya dah boleh makan untuk bagi tenaga kat diri sendiri dan baby. Tapi pagi dan malam masih muntah. Sabar jelaaaaa.

Jadi, kalau sekarang mana-mana ibu mengandung yang bagitau aku dia morning sickness teruk, memang sumpah aku sangat simpati. Aku tahu macam mana seksa nya. Ada pulak mulut busuk yang akan kata, alahhhh, jangan manja sangat. Lawan sikit rasa nak muntah tu. Rasa macam nak ditampar dan disepak kuat-kuat sahaja mulut busuk itu. Hellooooo, kalau awak tak rasa apa yang saya rasa. Baik awak diam. Orang lain-lain. Sekali kau kena mcm mana aku kena baru kau tau langit tinggi ke rendah.

Jadi, ibu-ibu yang sedang mengalami seperti mana yang saya pernah rasa, sumpah saya tiada tips untuk diberi bagi mengurangkan muntah itu. Cuma doa saja lah yang boleh bagi diri ibu dan bayi kuat. Doa semoga anda kuat, doa semoga morning sickness anda tak lama. Saya juga sentiasa berdoa jika Allah beri rezeki lagi lepas ni untuk Sofia punya adik, minta-minta Allah permudahkan bagi saya. Gembira dan ajaib nya bila tengok ada ibu-ibu yang mengandung tanpa ada rasa nak muntah dan alah. Anda sangat bertuah jika anda salah seorang dari ibu tersebut. 😊