Friday 1 November 2019

Pengalaman Bersalin di PPUM : Second Delivery

Dah lama gila tak update blog. Ada macam-macam benda nak simpan dalam blog ni, tapi perasaan malas tu lagi banyak dari apa yang aku boleh update. Sebab tu lah dah berkurun tak update blog 😂

Tambah pulak dengan alah yang SUPER TERUK untuk second pregnancy ni...ish jangan cerita lah..jangan kata nak update blog, nak bangun dari katil pun tak mampu. Makan, muntah, tidoq. Tu ja mampu buat untuk first 6 months pregnant. 😥 Masa pregnantkan Sofia dulu pun alah teruk. Tapi dah masuk 4 bulan tu alah dh kurang. Kali ni extend sampai 6 bulan. Mampu huhuhu sahaja lahhh mak buyung.

Tapi tak mau cerita pasal pregnancy sebab tu ja la cerita dia. Muntah, muntah dan muntah sampai lebam 😂

Entry kali ni nak cerita 2nd experience bersalin di PPUM. Masa Sofia dulu pun bersalin PPUM. Masa Sofia doktor diagnos ada Bicornuate Uterus (ada dua uterus) sebab tu tak boleh bersalin normal. So yang second ni pun, doktor decide tak boleh bersalin normal. Kena cser jugekkk. Redha saja lah. Janji aku dan baby selamat. Tak kisah lah orang ckp keluar kot tingkap ka, jendela ka, bumbung ka. Janji baby keluar dgn selamat ja.

So my EDD is on 5/10/2019 tapi doktor bagi date 25/9/2019 utk cser. Date ni aku dh full term which is on 38 weeks 4 days.

24/9/2019
Pagi pukul 7.30am dah gerak dari rumah. Dekat kad appointment kena ada kat hospital pukul 7.30am. Tapi aku pukul 7.30 baru gerak dari rumah. Hihi. Diam ja dalam kereta. Sebab dah mula rasa takut gila 😥 Tengok Sofia kat sebelah..hurmmm..sedihnya ibu nak tinggal dia 4 hari. Dah la tak pernah tinggal dia lama-lama. Dalam kepala ni fikirkan dia ja. Boleh tak dia nak dok ngn ayah ja. Malam-malam nak tido nanti dia nanges tak 😫 I am a clingy mother as well..huhu

My forever baby 😥


Dalam pukul 8.15am sampai PPUM. Pergi kaunter pendaftaran, ambil num giliran. Oh ya, nak booking bersalin di PPUM kena bayar RM1000. Dah naik dah sikit deposit dia. Sebelum ni masa Sofia kena bayar RM500 ja deposit. Dah settle pendaftaran, tunggu lah sampai lebam. Lama jugak menunggu nak admit wad sebab nurse bertugas kata katil full. Ramai orang yang admit semalam katanya. Pukul 10stgh baru dapat katil. Alhamdulillah. Heret segala beg aku dgn beg baby utk serah diri di hospital. Husband dgn Sofia hantar sampai dalam wad. Kalau ikut, Sofia tak boleh masuk sebab dia bawah 12 tahun. Tapi mintak jugak kat nurse kata kejap je. Peluk dia kuat-kuat. Sayang dia banyak-banyak. Pastu kata Sofia balik dlu ok. Ayah nak bawak pergi playground. Dia pun kata ok ibu. Aduuuduuduuuu ayaq mata dok bertakung dah. Huhu. Tapi tahan jugak sebab tak nak menangis depan Sofia. Taknak dia tengok ibu dia sedih. Huhu.

So bermulalah hari pertama di PPUM. Start makan lunch hari ni dengan nasi tomato hospital.

Nasi dia keras 😅

Makan pun tak habis sebab teringat Sofia. Huhu. Hari ni tak dak buat apa sangat. Nurse datang ambil bacaan CTG, pasang jarum kat tangan 😫 pastu aku pun tido je. Tak bagi husband dtg pun melawat ptg ni sebab nak dia teman Sofia and buat dia happy. Tak mau dia ingat-ingat kat ibu. Huhu. Ptg doktor datang round pastu bagitau procedure utk cser esok. Doktor perempuan India yang akan bedah aku esok. So dia bagitau siap-siap aku yang 1st sekali bedah. Huhu. So maksudnya 8am esok dah siap-siap tolak masuk bilik bedah.

Ermm. Ni yg tak suka. Tak selesa nak bergerak ada benda alah ni. Mula nurse nak cucuk tgn kiri supaya selesa nak makan segala. Tapi urat tak timbul pulekkkk. Terpaksa cucuk tgn kanan. Huhuhu.


Dinner. Hari ni lunch dgn dinner dua-dua menu ayam. Tak habis jugak makan. Ibu rindu Sofia 😫


25/9/2019
Malam semalam tak boleh tidur sangat. Takut nak bedah hari ni punya pasal. Huhu. Pukul 5.30am aku dah bangun. Mandi, bersihkan diri, sebab tau nanti lepas bedah, dah susah nak mandi. Jalan pun terketaq-ketaq nanti. Huhu. Dah siap solat Subuh, fon husband, kejutkan dia suruh datang hospital. Takut dia lambat datang sebab nak jumpa husband dulu sebelum masuk bilik bedah. Pukul 7.30am nurse pun datang panggil nama. Nurse suruh simpan semua barang kemas kalau pakai, pastu dia bagi pakai pakaian untuk bedah, dia bg makan dua biji pil. Aku pun tak ingat pil apa tu. Lagi 1 ubat air. Yang tu ubat tahan muntah supaya tak muntah lepas bedah nanti.

Husband pun ada sekali masa ni. Tengok muka husband dan-dan rasa nak reyau semua ada. Huhu. Sofia tak ikut pagi ni. Sebab susah pulak bawak dia. Dia tak boleh masuk jugak dalam wad ibu. Huhu. Nurse pun suruh baring mengiring atas katil pastu dia tolak pergi bilik bedah. Sebelum masuk, salam husband dulu. Masa ni Allah ja tahu apa aku rasa. Takut, sedih, nak lari balik semua ada. 😫

Dalam bilik bedah sejuknyaaa ya Allah. Memang all the time aku shaking. Pastu doktor cucuk epidural. Sakit. Tapi kurang sikit dari masa cser Sofia dulu. Lepas cucuk epidural, doc suruh baring dan dia cucuk benda tajam kt bahu tanya ada rasa sakit tak. Kalau rasa sakit, dia cucuk pulak kt paha, perut dan kaki tanya rasa sakit tak. Untuk make sure ubat bius berkesan. Lepas aku kata dah tak rasa sakit, doc pun start operate. Lepas bius ni nurse dah pasangkan tiub kencing segala. So aku pun tak rasa apa. Doc bius sentiasa ada sebelah aku and all the time tanya ok tak. Ada rasa sakit tak. And me just being me, tak berhenti tanya doc..doc baby ok tak..doc baby dah keluar ka..rasanya doc bius tu pun bosan dah nak jawab soalan aku 😁 BUT SUDDENLY..doc yang bedah aku tu tiba-tiba raise her voice cakap ni benda apa! This is not bicornuate uterus. Haa. Dah sudahhhhh. Benda apa pulak ni 😥 1 bilik operation tu kelam kabut panggil doc pakar dtg tgk. Lepastu doc pun tanya aku, aku ada cyst ke..aku ada batu karang ke..dah benda apa pulak ni..aku dah cuak, takut, nak reyau semua ada 😫 At last dalam 15 minit jgk la..doc pakar pun sampai..lepas dia belek apa kebenda tu doc kata rupanya rahim aku bengkak sebab ada cyst. So it is not even bicornuate uterus. WHATTTTTTT. So kiranya dari aku mengadungkan Sofia cyst ni dah ada dalam rahim aku. 😑😑😑 Doc decide nak buang cyst tu on the spot. AND my nightmare starts here. Macam apa yg doc bius dah explain kat aku, epidural last for 3 hours. Aku tgk jam dh 2jam lebih doc operate aku..and suddenly makin lama aku rasa makin sakit kt bahagian perut. Aku dah start takut. Terus aku jerit kata aku sakit! Sakit! Jadi drama la kejap dlm OT tu. Huhu. Aku pun tak sedar bila doc keluarkan baby. Aku dengar suara baby nanges tapi sebab takut sgt dah rasa sakit aku tak tanya pun pasal baby. Terus doc cucuk aku dengan whatever drugs atau apa..and aku BLANK.

Aku dah tak ingat apa jadi lepas tu. Sedar-sedar, ada doc bius je sebelah aku. Dia kata semua dah selamat. Baby pun dah selamat. Aku just cakap Alhamdulillah and tutup mata balik 😅 Memang berat sgt mata rasa nk bukak time tu. Huhu.Apa pun syukur sangat sebab Allah bagi peluang masih bernafas dan masih dapat jumpa semua yg aku sayang walaupun cser kali ni memang scary tahap tak boleh terima 😅

Alhamdullilah. Anugerah terindah. Bella Medina. 2.7kg. 😘


Lepas doc dah tengok keadaan aku stabil, all the nurse tolak aku pergi wad kecemasan. Terpaksa stay situ kejap sementara nak tggu ada katil kosong di wad lepas bersalin. Kt sini husband pun dtg tgk. Dia cakap baby semua ok. Lega sgt aku rasa. And masa ni jgk nurse dah dtg bwk baby utk bg aku susukan. Menyusu la aku sambil baring sebab kaki pun kebas lagi. Rasanya lepas sejam dua, nurse dtg dan bagitau dah ada katil kosong. Pindah la pulak aku ke tingkat 6. Sini wad lepas bersalin yang standard la kt PPUM. 1 bilik ada 4 katil dan 2 tandas. Rutin menyusu pun bermula. Baby pulak mmg all the time nak menyusu. Tapi bila dah tengah malam, nurse dtg amek baby dan tlg jagakan supaya ibu boleh rehat sebab tak boleh banyak bergerak lagi time ni. Tiub kencing pun tak cabut lagi. Mata tak boleh pejam sebab ubt bius dh abes. Dah start rasa sakit kt bahagian perut dan luka cser. Tapi cuba jugak tido sebab tau esok mmg akan lagi letih sebab sorg2 nk jaga baby. Huhu.

26/9/2019
Third day di PPUM. Pagi ni dlm pukul 6am nurse dah dtg nak tolong bersihkan badan and tukarkan pad. Yup. Tukarkan pad. Huhu. Mulianya kerja seorang nurse ni. Alhamdulillah sebab sepanjang kt PPUM, nurse semua baik-baik dan sangat membantu. Takde pun nurse yang garang mcm singa. 😂

Hari ni 2,3 kali jugak aku tanya nurse bila nak buka tiub kencing. Sebab tak selesa dah lama baring ja atas katil. Pinggang pun dah start sakit. Huhu. Tido pun dalam keadaan duduk sebab tak selesa lagi nak baring. Bila baring, rasa sakit di tempat cser 😑 Alhamdulillah dalam pukul 7 lebih nurse dah dtg cabut tiub kencing. Nak cabut tiub kencing ni kejap je. Tapi ngilu jugak lah rasa dia. 😅 Lepas dah bukak tiub, aku slow-slow jalan ke tandas. Tertunduk-tunduk jugak lah jalan menahan sakit. Haha. Yg 2nd time cser ni rasa lagi sakit kat tempat luka tu berbanding yg 1st time cser. Tahan jela. Huhuhu. Nurse ada bagi panadol and painkiller utk kurangkan rasa sakit tu. Tapi sama ja aku rasa. Haha.

Most of the time hari ni aku just menyusukan Bella. Bella 24 jam nak mengempeng. Memang quite stress and letih sangat-sangat rasa. Tinggal kejap pun dia dah melalak. Huhu. Masa ni kita sekali rasa nak melalak. Haha. Dengan sorang-sorang kita jaga baby. SABAR jelaaaa. Bila dah malam, tak tahan sgt dah rasa. PPUM ni mmg strict utk waktu melawat. Tak kira la husband ke, mak ke, sape ke. Any visitor boleh dtg teman patient dari pukul 12pm-2pm pastu 5pm-8pm SAHAJA.  Badan letih sgt. Ptg tak dapat tidur langsung. Tgh malam pukul 12 terus panggil nurse mintak tolong jagakan Bella. Kata nak rehat 1-2 jam pun jadi la. Nasib baik nurse tu baik hati amekkan Bella. Huhu. Bukan 1-2 jam. Sampai pukul 5.30 am baru nurse datang hantar Bella. Lama jugak dapat tidur. Lega. Terus rasa fresh balik. Alhamdulillah.

27/9/2019
Hari ni hari Jumaat. Pagi-pagi lg nurse dh dtg hantar baju baru utk ibu, baju & kain bedung baru utk baby. Sekali dgn besen dan kain utk kita lap dan bersihkan bdn baby. Hari ke 3 lepas bedah nurse dah tak tolong mandikan baby ye. Ibu kena bersihkan sendiri badan baby. So aku pun amek air suam kt tandas pastu lap & bersihkan badan Bella. Hari ni jugak ada tahnik dari ustaz PPUM. Korang boleh buat tahnik FREE je. Ustaz nanti sediakan kurma dan air zam zam. Kita tak payah sediakan apa-apa. Dalam pukul 11am ustaz dah dtg utk tahnik kan baby. Alhamdulillah Bella diam je masa tahnik. Good girl 😘

Bila dah hari ke3 ni biasanya dah boleh discharge utk ibu-ibu yg bersalin cser. Asalkan ibu sihat, luka pun nampak cantik, baby takde kuning atau masalah lain, doc akan bg discharge. Time ni mmg berdoa Bella takde kuning. Kalau ada pun, taknak tinggi. Sebab tak nak dah dok hospital. Rindu sgt dh nk jumpa Sofia. Huhu. Alhamdulillah doc dtg check baby dia kata boleh discharge. Doc tak ambil darah baby pun utk check kuning. Doc just bawa baby letak dekat dgn cahaya matahari utk roughly tgk baby ada jaundice tak. Kalau doc bagi discharge pun, next day kita kena bawak baby pergi KKIA utk check baby ada jaundice ke tak. PPUM dah sediakan surat utk kita bawa ke KKIA pergi cek jaundice baby.


Cuma tak bestnya masa nak discharge lambat pukekkk doc siapkan dokumen dan semua borang-borang untuk discharge. Husband, Sofia dgn MIL dah ada kat hospital pukul 4. Pukul 5 baru settle all documents.

So total untuk aku bersalin cser kali ni RM1300++ (ni tak termasuk ubat cair darah). Ubat cair darah kena beli sendiri. Beli dekat farmasi dlm PPUM jugak. Doc akan bagi prescription ubat apa nak beli, just tunjuk je kt pharmacist. Ubat cair darah tu harga dia RM180. Cukup-cukup untuk cucuk 10 hari. Sehari cucuk sekali. Nurse bg choice boleh pergi klinik mintak nurse sana cucuk atau kita cucuk sendiri je kt rumah. Sbb dari Sofia mmg husband yg cucuk aku, so kali ni pun suruh husband ja yg cucukkan. Sapa suka kena cucuk. Nak tunggu 10 hari tu ya Allah rasa lama sangat. 😅

But in the end, rasa syukur sgt dan Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. 😊 dan semoga Bella Medina membesar dgn sihat, jadi anak yg baik, solehah dan bijak. Aminn.❤