Sunday, 6 September 2015

PART 2 : DIY Wedding Tree

Hari ni update entry untuk DIY wedding tree sendiri pulak untuk wedding hari tu. Masa nak kahwin hari tu banyak kali gak Google cari idea-idea baru untuk guest book corner. Macam yang kita dah biasa jumpa kat kenduri guest book yang kita boleh tulis ucapan, sign, dan letak gambar. Tapi aku nak yang lain sikit, so aku rasa nak wat wedding tree.

Aku pun ada lah survey 2,3 online shop yang provide rental untuk wedding tree ni. Kebanyakan nya RM100 ke ats. Bagi aku, aku rasa macam boleh cut cost sikit kot kalo wat sendiri je. Lagipun, wedding tree ni bahan-bahan nak set up dia macam simple je kan.

Antara bahan-bahan yang diperlukan:
  • Easel stand
  • Wedding tree frame (Saiz A2)
  • Ink pad untuk thumb print
  • Pen untuk tulis nama/signature
  • Decoration (frame, pasu, bunga etc, mengikut kreativiti sendiri)
Easel stand yang paling murah aku boleh cari harga dia RM40. Aku beli online dari FB page ni- ES Kad Kahwin Murah Johor. Harga RM40 ni dah termasuk postage. Easel stand ni tak dak finishing. Means easel dia kayu la. Kalo korang nak kayu tu di cat warna hitam, atau putih korang boleh request. Tapi harga tak sama. Mahal sikit. :)

So, bila easel dah sampai korang kena la pasang sendiri. Kalo tak confident nak pasang sendiri, suruh la abg ke, ayah korang yang pasang. Tapi senang je lahhh. Aku pasang sendiri je. Lagipun dah ada instruction dh pun nak pasang cena. Asalkan korang ada screwdriver mesti jadi punya lah easel korang. Ni easel stand aku lepas dah siap aku bertukang. Hihi.

Easel stand wedding tree

Untuk frame wedding tree plak aku cari gambar kt google image je. Pastu edit sikit letak nama & tarikh wedding aku. Aku print saiz A2 dengan harga RM2 je termasuk mounting board hitam. Kalo korang tak nak guna mounting board, korang boleh beli frame besar ada jual kt Ikea. Tapi aku nk cut cost, aku guna mounting board je. Sebab aku lekat wedding tree ni atas board adalah untuk bagi dia terletak elok atas easel stand tu. Kalo tak, jangan pelik la kalau wedding tree korang melayang ditiup angin nanti. :)


Wedding tree







Untuk decoration plak aku wat party banner sendiri untuk tulis 'Guestbook Corner' dan gantung guna tali je kt meja wedding tree tu. Ink pad pun aku beli sendiri kt Pop Jaya One. Dua ink pad RM16++.
Pastu ada lah hias sikit-sikit dengan frame, prop untuk bergambar dan bunga. That's it. Memang simple.

Pen untuk sign nama guest plak aku beli dari Daiso ja. Berbaloi-baloi. 1 paket ada lebih kurang 6 batang pen dakwat basah yang ada pelbagai pilihan warna.

Fingerprint Ink Pad
*Sumber dari Google Image


Wedding tree corner



 Hasil wedding tree lepas dh di thumb print :)

 
Total untuk semua ni tak sampai RM100 pun. Yang penting kita pun puas hati sebab ni hasil kerja diri sendiri. Jimat kan? So, untuk bride to be selamat mencuba! :)
 

No comments:

Post a Comment