Wednesday, 2 September 2015

PART 1 : Reference For Bride To Be

Hari ni nak update blog majlis kahwin kita yang 4 bulan lepas. Dh 4 bulan baru nk update. Hihi. Just nak share untuk bride to be yang di luar sana. Mungkin berguna untuk cari-cari idea baru dan sebagai rujukan.

Ok. So, kita start dengan pakej pelamin + baju sanding. Aku amek pakej pelamin + baju sanding lelaki & perempuan dengan Azasna Design. Founder Azasna Design ni nama dia Kak Erin. Alhamdulillah sangat senang nak berurusan dengan Kak Erin. Orang nya sangat baik dan peramah. Tak pernah pun dia tak balas whatsapp atau call dari aku. So, senang aku nak Tanya macam-macam dengan Kak Erin.

Aku suka wedding yang simple dan tak terlampau colourful sangat. Tak suka pelamin macam bendera. Warna biru,merah,kuning,hijau semua campur sekali. Aku lebih prefer pastel colour. Kak Erin plak seorang yang up to date dengan design-design pelamin zaman sekarang. So, tak susah nak bincang dengan Kak Erin. Dia sangat memahami citarasa aku. Korang boleh tengok design-design pelamin & hantaran yang dia wat kat page instagram dia - Azasna Design. Kalo korang orang utara jangan risau. Korang still boleh amek Azasna Design sebab diorang memang buat sampai blah utara.

Lagi 1 sebab senang untuk aku amek Azasna Design sebab Kak Erin stay kt Shah Alam. Jadi, senang untuk aku jumpa Kak Erin untuk bincang pasal wedding & fitting baju. Tak payah la nak ulang alik balik Penang untuk fitting baju ja.

Alhamdulillah kebetulan masa aku nak kahwin, Azasna Design ada wat promotion untuk wedding blah utara. So, aku amek pakej RM3500. Dalam pakej tu include :
  • Pelamin dewan
  • 1 baju sanding lelaki & perempuan (baju sedia ada)
  • Walkway
  • Make up pengantin (1x)
  • Wedding entrance arc
  • Free fresh flower hand bouquet
Harga ni belum include transportation cost lagi. Transportation cost Kak Erin akan gtau di kemudian hari depends on tempat wedding korang nanti. Lepas dah campur dengan transportation cost, harga pakej aku masih dalam budget. Tak sampai 4k pun lagi.

Alhamdulillah, aku sangat berpuas hati dengan hasil kerja team Azasna Design. Ni gambar pelamin aku 4 bulan lepas. hihi.
*Credit photo from Azasna Design instagram page

Exactly macam yang aku nak. Simple & not too much colours. Baju sanding plak aku sangat sangat sangat risau. Sebab pakej yang aku amek kena pilih baju yang dah sedia ada ja. So aku risau aku tak dapat baju yang aku suka ka, tak dak saiz ka. Macam-macam punya pikiaq. Tapi Alhamdulillah aku dapat baju yang aku suka.




 
 

 

Baju sanding aku ni warna soft pink & nude colour untuk bahagian atas baju. Shawl plak pakai warna nude untuk matching kan dengan sampin pengantin lelaki. Veil warna pink. And the crown aku pakai crown sendiri. Sebab crown yang dapat dari butik pengantin aku rasa quite sarat. Walaupun pada mulanya aku yang pilih crown design tu kt butik pengantin. tapi masa hari wedding rasa tak berkenan la plak. Hehe. Nasib baik ada beli crown sendiri. Crown ni murah ja aku beli. Around RM20 camtu. Aku beli dari Ebay.

Ni plak hand bouquet. Cantik sangat! Walaupun fresh flower, sampai photoshoot masa petang pun bunga ni langsung tak layu.

 
 
 
 
 
And tak lupa jugak inai tu. Aku lukis inai ni dari kawan akak aku sendiri. Kak Masri nama dia. Dia memang selalu lukis inai untuk pengantin. Tapi dia amek booking untuk sekitar Penang sahaja. Apa jenis occasion yang korang nak lukis inai dia boleh buat. Dan harga plak memang sangat berpatutan! Boleh tengok page FB dia - Masri Bt Ramli
 
Gambar-gambar yg HD & cantik sangat ni plak aku amek wedding photographer Sweetpictures. Sweetpictures ada banyak cawangan. Tapi haruslah aku amek dari cawangan Penang. Jimat dh transportation cost. Sweetpictures ni best & sangat sangat puas hati dgn kerja dorg. Punctual. Photographer sporting, gambar cantik. Yang paling penting harga memang berpatutan. Korang bleh tgk page FB dorg kt sini - Sweetpictures
 
 
Rasanya takat ni ja entry untuk kali ni. In shaa Allah next entry akan update on doorgift and guest book. Hope entry ni sedikit sebanyak dapat bagi idea kat bride to be di luar sana. :)








No comments:

Post a Comment