Wednesday, 8 November 2017

Bercuti di Lexis Hibiscus

Alhamdulillah ada rezeki dapat bawa Sofia pegi holiday. Dah lama sangat rasa tak pegi holiday. Last holiday pegi Genting Highland. Tu pun masa Sofia baru 6 bulan. Sekarang ni dia dah setahun 6 bulan. How time flies. Skrg Sofia dah pandai jalan, best la nak bawa pegi holiday. Takde lah ibu ngn ayah asyik kena dukung je. πŸ˜‚

So, sebulan sebelum pegi, aku dah booking direct dgn pihak hotel. Booking through email je. So, siapa-siapa yg nk pegi kena booking at least 2 minggu sebelum tarikh check in ye. Dalam email, dorang akan attach sekali confirmation letter. So print out dan bawa masa check in je nanti. Simple. So, aku pegi sana weekdays. Stay for 3d2n, dari hari Ahad sampai Selasa. Waktu check in pukul 4 ptg. Dalam 4.20 ptg aku dah sampai hotel. Dekat je Puchong nk ke Port Dickson. Dalam 110km je. Sejam dh sampai. Check in sgt mudah, cepat dan teratur. Ada lebih kurang 6 kaunter untuk check in. Jangan lupa prepare extra cash untuk deposit. 1 mlm dia akan charge RM200. Aku stay 2 mlm so kena la charge RM400. Boleh juga bayar dgn credit card.

Dah settle check in, dapat 2 access card, dapat voucher jugak utk welcome drink. Welcome drink disediakan di Hibiscus Lounge, dalam lobby hotel tu jugak. Tak jauh pun. Korang boleh guna voucher ni sampai pukul 1am hari korang check in saja ye. Aku tak minum pun. Terus je pegi masuk bilik nak mandi pool. 😁 Kami 1 family stay dalam bilik Executive Pool Villa. So, dari lobby nak ke bilik berderet je ada buggy car yg boleh bawa korang. Tak payah penat-penat jalan kaki. Bilik aku terletak kat daun hibiscus je. So tak jauh sgt pun kalau nak jalan kaki ke bilik. Tapi dah ada kemudahan, baik kita naik buggy car je kn. 😁
Sweet gitu. Sama-sama pakai baju putih. Tapi ni bukan aku ye. Tak tau lah sape naik buggy car sekali. Jadi la model jap. 😁

So, dah masuk bilik apa lagu, perkara 1st aku buat mesti lah amek gambar kan. πŸ˜‚

Bilik ada 2 katil king. So, boleh muat 4 org dalam 1 bilik.


Ada flat tv, mini fridge, free wifi access. Line wifi mmg laju πŸ‘

Toilet. Segala pintu kt toilet ni mmg takde kunci ye. So jaga-jaga. Tgh best mrmbuang, nnt anak intai pulekkkkk πŸ˜‚

Lengkap ada losyen, syampu, conditioner, sabun mandi, shaver, sikat, berus dan ubat gigi & shower cap. Hair dryer pun ada.

Shower mandi.

Wardrobe. Ada iron, iron board, payung & bathrobe. Weighing scale pn ada. Kot terlebih makan pegi holiday πŸ˜‚

Pool. Kolam dia tak besar tapi agak dalam (1.2 metre). So kalau bawa budak make sure bawa float and MAKE SURE ada adults yg teman.

So, sepanjang stay sini ada jugak la kami 1 family jalan-jalan luar dari resort. Saja nak tengok apa yang best dekat Port Dickson ni kan. Lagipun first time datang sini. Tapi malangnya memang takde apa yang best. πŸ˜‚ Second day pegi Pantai Teluk Kemang yang famous tu. Tapi agam hampa lah sebab pantai dia bagi aku tak sesuai la nak mandi. Kotor dan banyak sampah-sampai terdampat kat tepi pantai oiii. πŸ˜‘ Kalau nak datang sini untuk minum coconut shake, makan mee bandung ke hape saje nak dapat fefeeling tepi pantai ok lahhh. Kalau nak mandi ermmm, tak payah kot. Pastu ada jugak tanya org sini mana tempat cantik nak amek gambar. Ada orang suggest pegi Pantai Cermin. Org tu kata pantai tu air dia biru. Cantik sgt untuk amek gambar. So kami pun excited lah nak pegi bergambar kt sana. Sampai ja Pantai Cermin........

krik krik

Confuse jap. Mana air yang biru tu? πŸ˜‚ So, conclusion nya, kami stay jela kt resort. Tapi honestly, kalau korang setakat stay 2 malam kt Lexis Hibiscus ni, korang tak payah keluar dari resort ni pun. Macam-macam aktiviti korang boleh buat. Ada kidz world utk kanak-kanak, ada fish feeding, helicopter ride, & macam-macam lagi. Karaoke pun ada. Nak main pasir tepi pantai pun boleh pegi hibiscus walk je. Private beach. Bersih. Ni gambar kat Hibiscus Walk. Ada banyak stall street food kat sini. Korang boleh beli pastu makan tepi pantai. Bestttt.





Sepanjang stay sini, aku makan kat Roselle Coffee House. Dari breakfast, lunch ngan dinner semua kat sini. Makanan ada yang so so, ada yang sedap, ada yang favourite! Ni semua makanan yang aku sempat snap gambar la sebelum ngap masuk dalam mulut. 😁 Bagi aku harga makanan sini mahal la. Tapi dah standard harga makanan hotel lah kan. Apa boleh buattt. 😁

Claypot Pandan Rice. RM25. Not bad.

Lamb Chop with fragrance rice. RM30. So so. Nasi agak masin.

Cream Mushroom. RM20. Ok je bagi aku. Tapi Sofia yang makan ni. Dia suka sgt! So πŸ‘

Mee goreng mamak. RM25. Yg ni mmg favourite! Sedap gila. 😍

Spaghetti apa nama ntah xingt. πŸ˜‚ Macam carbonara je rasa dia. RM23. Sedap. Sofia suka 😘

Hawaian Pizza. RM30. So so.

Chocolate shake. RM15. Sedapppppp. Try vanilla shake pun sedap πŸ‘

Chicken chop with fragrance rice. RM28. Rasa sebijik macam nasi lamb chop yg aku makan. Gravy utk ayam pun rasa sama. 

Vege fried rice. RM25. Sedap. Sofia suka 😘

Nasi goreng kampung. RM25. Ni memang sedap. Favourite jugekkk. Sambal belacan dia best, satay sedap, chicken wing pun sedap πŸ‘

Ni free dorang bagi appetizer. Biskut boleh spread dgn pilihan butter, peanut butter, orange marmalade atau egg mayo. Layannnn.

So, setakat tu ja la yang aku boleh share. Harap-harap boleh guide serba sedikit utk korang yang nak pegi Lexis Hibiscus ni. Overall aku kasi 4.5 bintang utk resort ni. InshaAllah kalau ada rezeki lagi memang nak sangat holiday sini lagi.

So peeps, HAPPY HOLIDAY πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰



Tuesday, 29 August 2017

Morning Sickness Teruk!

Hah! entry ni bukan sebab I pregnant sekarang ye uollss. πŸ˜‚ Ni sebab malam ni tak boleh tido, jadi hakak teringat masa pregnant Sofia setahun lepas. Fuh! walaupun dah setahun berlalu, rasa tu masih tetap boleh ingat sampai sekarang 😫

So ceritanya bermula begini....... First day dapat tahu pregnant (dah dapat confirmation dari doc), masa ni tersangat bersyukur dan happy. Dunia rasa indah dan bahagia 😁. Tak dak langsung rasa mual atau simptom-simptom orang pregnant.

Masuk bulan kedua. Hmm..... badan rasa letih, rasa nak demam, lemau semua ada. Time ni tak dak muntah-muntah lagi. Cuma selalu pening kepala. Mengantuk jangan kata. Asal ada free time kat ofis, tido. Balik umah dah takde dah nak tengok tv sampai lewat malam. Weekend benda paling best buat, tido. So bulan kedua ni cuma rasa letih dan banyak tido.

Masuk bulan ketiga. Ni lah permulaan morning sickness yang tiada berpenghujung. Bukan takat morning sickness, hakak kena sekali afternoon, evening, & night sickness! 😭 24 jam muntah. Selera makan drop to 0! Tak pernah seumur hidup rasa macam ni. Memang tak boleh langsung makan, even minum. Memang terus muntah. Seksanya ya Allah. Tuhan je tau masa ni macam mana struggle nya hidup hakak.

Masuk bulan ke4. Masih sama. Air kencing bukan takat kuning, dah nak oren dah sebab badan dehydrate sgt. Makan muntah, minum muntah. Lembik terus. Sampai ada 1 tahap tak makan apa pun tetap nak muntah. Sampai muntah keluar buih pahit dan darah. Masa ni memang muntah sambil menangis je. Mana tak nangis, bayangkan tekak sampai perit, mulut sentiasa rasa pahit.😭 Dah puas google, tanya orang, apa nak buat untuk hilangkan rasa nak muntah ni. Macam-macam dah cuba. Sedia asam, selalu kunyah biskut kosong, minum air masak, minum ais. Semua tak menjadi. πŸ˜” Last-last masa check up kkia, nurse dapat detect yg bdn memang kurang sangat air. Darah pekat sangat. Even nak amek darah pun kena cucuk sampai 3 kali. 😭 Doc bagi surat suruh admit hosp hari tu jugak. Tak boleh hold dah.

Maka bermalam lah aku di hospital. Walaupun emosi tak stabil dok hospital, tapi aku syukur sangat. Sebab sepanjang duduk hosp, aku tak muntah langsung! Mungkin sebab doc drip air dlm badan, jadi badan ada tenaga. Slowly, aku pun dah boleh makan. Tiap kali lepas makan doc datang pantau makanan aku. Banyak tak aku makan. Huhu. Selagi aku tak habiskan makanan, air kencing tak clear, darah tak ok, doc taknak kasi balik. 😭 Alhamdulillah, duduk hosp 2 hari je. Dan berjaya drip 8 botol air. Huhu. Sampai bengkak tangan hakak kena cucuk.

Lepas keluar hosp ni aku ada lagi muntah-muntah dan berterusan sampai lah kandungan 6 bulan. huhu. Tapi muntah ni dah tak seteruk dan seseksa sebelum ni. Syukur sangat sebab sekurangnya dah boleh makan untuk bagi tenaga kat diri sendiri dan baby. Tapi pagi dan malam masih muntah. Sabar jelaaaaa.

Jadi, kalau sekarang mana-mana ibu mengandung yang bagitau aku dia morning sickness teruk, memang sumpah aku sangat simpati. Aku tahu macam mana seksa nya. Ada pulak mulut busuk yang akan kata, alahhhh, jangan manja sangat. Lawan sikit rasa nak muntah tu. Rasa macam nak ditampar dan disepak kuat-kuat sahaja mulut busuk itu. Hellooooo, kalau awak tak rasa apa yang saya rasa. Baik awak diam. Orang lain-lain. Sekali kau kena mcm mana aku kena baru kau tau langit tinggi ke rendah.

Jadi, ibu-ibu yang sedang mengalami seperti mana yang saya pernah rasa, sumpah saya tiada tips untuk diberi bagi mengurangkan muntah itu. Cuma doa saja lah yang boleh bagi diri ibu dan bayi kuat. Doa semoga anda kuat, doa semoga morning sickness anda tak lama. Saya juga sentiasa berdoa jika Allah beri rezeki lagi lepas ni untuk Sofia punya adik, minta-minta Allah permudahkan bagi saya. Gembira dan ajaib nya bila tengok ada ibu-ibu yang mengandung tanpa ada rasa nak muntah dan alah. Anda sangat bertuah jika anda salah seorang dari ibu tersebut. 😊

Friday, 28 July 2017

Resepi Makanan Baby: Nasi Goreng Cendawan & Ikan Dory

Haish. Lama nya tak update blog. Bukan busy, bukan takde masa, tapi malasssss. πŸ˜‘
Last update resepi makanan baby pun masa tu Sofia baru 7-8 bulan. Skrg dah 1 tahun 2 bulan. πŸ˜‚ Terserlah kemalasan nak update blog disitu ya.

Hah, berbalik pada resepi kali ni, Sofia dah boleh makan real solid food. Means dah macam kita dah dia makan. Nasi dah boleh makan yg sebutir-sebutir. Tak payah dah ibu nak masak nasi lembik. Alhamdulillah. Tapi Sofia agak picky eater. Dia still tak boleh move on dgn ikan dory dia. Thats her favourite! Dah try salmon, talapia merah, tenggiri semua dia reject. Ayam pun dia kurang suka. Lama bebenor dia mengunyaj kalau bagi makan ayam. Last-last 2,3 sudu ja dia jamah.

So sebelum I berleter lagi panjang, moh ler kita tengok resepi kali ni ye. Utk baby yg 1 tahun keatas.

Inilah kejadiannya. Memang banyak dia makan. 😊

Bahan-bahan
Nasi
Mushroom 2 ketul (kite guna shiitake mushroom)
Susu full cream 1/4 cawan
Chicken bone broth (cbb) 1 kiub
Bawang putih 2 ulas
Ikan dory
Tepung gandum
Serbuk lada
Telur sebiji

CARA-CARA
1) Tumis bawang putih & cendawan sampai cendawan layu. I guna minyak sapi (ghee) untuk menumis.
2) Masukkan susu full cream & cbb. Boleh gantikan cbb dgn kiub ayam yg tiada kandungan msg.
3) Bila susu dah pekat masukkan nasi. Siap!
4) Untuk ikan dory pulak, potong ikan dory kecil-kecil mcm kiub tu. Pastu gaul je dgn telur, lada, & tepung. Goreng dengan minyak yang panas. Kejap je ye. Sebab ikan dory isi lembut. Kejao je dh masak. Siap.

Boleh la hidang kat baby kite. So far, Sofia memang suka sangat resepi ni. Nanti inshaAllah kita share resepi makaroni cheese yg Sofia suka jugak. Selamat mencuba mommies. 😊

Friday, 12 May 2017

Nursing Bra yang Paling Best!

Hari ni posmen ketuk pintu rumah. Pelik jap 2 saat. Rasanya minggu ni tak shopping online. Barang apa pulak sampai. Aku sejenis yang sangat excited bila posmen ketuk pintu. 😁 Sebab tak sabar nak tengok barang baru dapat.

Rupa-rupanya hadiah dari Shapee. Minggu lepas I menang contest Shapee uollss. So dapat bra menyusu ni free. Sebelum ni pernah dah intai-intai fb Shapee ni nak survey bra menyusu mana yang best. Dan turn out ramai yang bagi feedback positive untuk nursing bra Shapee ni. Alhamdulillah menang contest, dapat free. So boleh la try test dulu sesuai atau rasa selesa tak bra ni. So meh nak tunjuk sikit bila I bukak parcel harini. Hehehe.

First benda yang really catch my attention bila koyak je parcel, taraaaaaaa! Shapee kasi bunga cute kt I. Omo omo. Sweet la.

Alaaaa. Omei kan?
Maybe cause Mother's Day just around the corner, so they included this cute roses in all parcels. So sweet la Shapee. Love it! Tapiiiiiii. Surprise tak habis kat situ je! Dapat kad pulak lagi. Omo omo. Meltinggg. 



Awwww. Really thoughtful. Thank a lots Shapee!

So, the nursing bra comes in cute little pink & black box.

Yup. Harga sehelai nursing bra ni RM45 which I think sangatlah berbaloi dgn kualiti yg kita dapat. Sebab apa? ha, jom tgk.

Haa. Ni salah satu sebab kenapa kita akan selesa sangat pakai nursing bra Shapee ni. Bawah bra adalah getah dan tiada wire bra yg besi tu. Tak tau lah mommies yg lain, tapi I mmg sangat tak selesa pakai bra yg ada besi kt bawah. So bila nursing bra ni bawah dia disokong dgn getah, walaweh! Memang selesa untuk kita nak breastfeed baby kita.

Second feature yg best plak haa cuba tengok kat bahagian tengah bra tu. Stretchable. So jangan risau. Kita bebas bergerak, pusing belakang kiri kanan atau uolls nk yoga sekalipun pkai nursing bra ni. Memang best!

Third feature dia yang best, bra pad dia removable! So korang boleh tarik keluar je pad tu kalau korang lagi selesa pakai nursing bra yang takde span. Ataupun korang nak letak yang lagi tebal, ikut keselesaan masing-masing.

And the last part yang best Shapee siap bagi bra extender for free!!! So kalau tiba-tiba korang terlebih makan jap bulan tu and badan pun makin montel, guna je bra extender ni. Tak payah bazur duit beli bra baru.πŸ˜€

So selain dari warna hitam, korang boleh pilih nak warna pink atau nude/beige. I prefer blackπŸ˜‰ Nak lagi best sekarang dah ada warna purple & light blue! Cantik gilerrr warna dia. Trust me, harga RM45 memang sgt berbaloi dgn kualiti yg kita dapat. Korang try dulu beli selai. Lepas ni mesti tak nak beli brand lain dah.

Kalau korang nak usha-usha dulu, boleh tengok fb Shapee kat link ni-Facebook Shapee atau boleh terus layari website Shapee- Shapee. Moga perkongsian kali ni memberi banyak manfaat & keselesaan untuk semua ibu-ibu yang masih berjuang menyusu our little baby. 😘







Thursday, 23 March 2017

Resepi Makanan Baby: Bubur Nasi Ikan Dory

Bubur nasi ikan dory is one of the Sofia's favourite. Sejak Sofia dah boleh mkn ikan tak pernah lagi try bg ikan lain selain dory. Huhu. Nanti ibu bagi Sofia mkn salmon plak ye.

So here goes the recipe:
Bubur Nasi Ikan Dory
BAHAN-BAHAN

5 batang baby corn
Sweet peas
Segenggam beras
Dory fish fillet
Bawang besar
Bawang putih
Kismis
Kurma
1 sudu besar unsalted butter

CARA-CARA
1) Tumis bawang besar, bawang putih sampai naik bau. Masukkan ikan sekejap.
2) Masukkan 3 cawan air, beras dan baby corn. Masak hingga mendidih.
3) Tunggu sampai air tinggal separuh, masukkan kurma & kismis. Lepas air dh hampir kering, last sekali masukkan sweet peas. Siap.

Bubur dh siap blend. Renjis sikit olive oil. Siap!

Selamat mencuba mommies 



Friday, 17 March 2017

Armada Hotel Petaling Jaya Review

Last week menang contest dari 100comments.com. So hadiahnya adalah 2D1N Stay at Armada Hotel Petaling Jaya with buffet dinner & breakfast. Kalau nak ikutkan hotel ni 20 mnit ja dari rumah I. Tapi dah menang & dpt duduk free, mestilah nak gi kan. Tapi yang bestnya mestilah sebab bleh mkn free. 😍

Voucher yg I menang ni memang untuk weekend stay je. So decide ngn husband nak check in Jumaat ptg sebab Sabtu dah plan nak balik rumah in-law. Before check in, kena buat reservation by email dulu sebab I guna voucher. Kalau korang tak guna voucher boleh je buat reservation by call. Part ni agak krik krik sikit sbb dorang lambat sangat respond dekat email. So better kalau nk reserve bilik guna voucher, korang email awal seminggu ok.

Waktu check in Armada hotel ni dari pukul 2pm onwards. So, pukul 5lbih bru aku check in. Memang cantik hotel ni. Padan la dgn standard hotel 4 bintang.

So ni kat lobi hotel. Bersih, cantik. Front desk pny servis pn memuaskan.

So, dh settle check in, bilik I tingkat 10. I dapat bilik Deluxe King room. And for those yg stay kt hotel ni & bwk baby, don't worry sbb pihak hotel sediakan baby cot for free. Masa check in dorang akan tny nak ke tak. Mula rasa mcm tak nak sbb Sofia mmg tak pernah tido asing dgn aku. Tapi fikir balik why not just give her a try.

So sampai tingkat 10, dengar org drill dinding. Rupanya skrg ni hotel tgh buat renovation. Tp nsb baik bnyi bising tu tak sampai mlm. Kalau tak sampai ke pagi la I tak tido. So, ni rupa bilik I.

So masuk je ada almari. Dlm almari dh lengkap ada iron with iron board. Which is sgt la aku bersyukur ada 2 benda ni. Kalau tak ada org gi makan nanti tudung kedut sbb aku lupa bwk travel iron. Nasib baik! Selain tu, ada peti besi untuk simpan brg, mini fridge & hair dryer.

Ni pulak tandas. Bersih, sinki basuh tgn & bath shower ada air panas. So, Sofia mndi dlm sinki jela. Dia sejenis yg xboleh pijak lantai tandas. Tak tau lah sebab sejuk ke hape. So mandi dlm sinki lah nakk. Owh gambar shower I tak amek pulak. Shower dia bdepan dgn sinki ni. Separate by see through glass.

 Budak kecik ni dh rasmi dulu katil. Tapi cik adik bkn tido ats ni tau mlm ni. Cik adik kena tido dlm baby cot. Hihi.

Haaa. Ni katil cik adik. Biar dia tgk keliling cot tu dulu. Abaikan ayah dia yg dh macam penyu terdampar kat sebelah.

Bagi chance la ibu posing sikit kan.

Start dh si kecik ni explore 1 bilik. Overall, bilik dia mmg selesa, luas, bersih & cantik. Thumbs up!

So, dah malam ni sampai lah masa yg I tunggu-tunggu. Apa lagi nak pi makan buffet la. Makan kn hobi I. Buffet dinner dia start pukul 6.30pm-10.30pm. So lepas solat maghrib, I pun gi buffet dinner.

Masa I sampai kat Cafe dia, kalau tak silap Utara Coffee House nama dia. Bdepan dgn lobi registration je cafe ni. Tak ramai org pun. Mungkin sebab Jumaat mlm kn. So tak ramai sgt org. Tempat untuk kita dah di reserve. Sbb I dh call cafe utk buat reservation few days before. 

So, I pun start la mkn. Trust me, makanan dia semua sedap! Ada varieties of foods yg kita boleh pilih. Ada chinese style, mamak style, nyonya style. Mostly memang I try semua. Nasi ja I tak makan. Sebab kalau makan nasi, confirm kenyang dah & tak larat nak mkn yg lain. Ni antara makanan yg I sempat snap gambar.

Ni first round pny desert yg I mkn. Semua sedap. Paling sedap chocolate ball. Tapi tak amek gmbar. Lupa nk amek gmbar sbb kusyuk mkn. Hihi. Semua gambar makanan ni utk 1st round pny makan ja. Lepas tu dh lupa amek gmbar. Haha.

Ha, ni antara lauk yg ada. Ada satay, butter prawn, grill lamb leg with black pepper sauce, fish with butter sauce, fried lamb with vege, bnyk lagi lahh yg ada. Semuaaaa sedappppp.

Aiskrim. Ikut I nk mint, tapi ni husband yg amek. Flavor ni la peberet dia.

Roti canai pun ada uolls. Panas-panas lagi. Nk mkn baru dia masak. Husband xmkn kambing so dia amek chicken curry.

Ni feveret si kecik. Chicken soup with wintermelon. Sedap! Rasa fresh je lepas hirup sup ni.
Overall mmg puas hati makanan dia. Tgh tulis blog ni pun rasa nk pi mkn lagi.

So mmg tak rugi kalo korang nak stay kt hotel ni ataupun nak makan buffet dinner dia. Memang sedap! Overall experience kt sini, I kasi 5 bintang. 😍







Friday, 3 March 2017

Resepi Makanan Baby: Sup Tofu dan Labu

Minggu lepas Sofia asyik makan bubur nasi dgn pasta je. So I masak tofu pulak. First time bg Sofia makan tofu. Alhamdulillah Sofia makan. Walaupun tak licin 1 mangkok dia makan, tapi untuk first intro new food, kira lulus la tofu ni. Hihi.

So, nak masak sup tofu ni senang ja. Cepat pun cepat. So kalau mommies semua nak masak menu yg cepat & sedap boleh try resepi ni.

Resepi Sup Tofu dan Labu
BAHAN-BAHAN
Tofu lembut separuh bekas
Bawang putih seulas
Bawang merah seulas
Isi ayam
Labu manis

CARA MEMASAK
1) Tumis bawang merah, bawang putih dan ayam dengan unsalted butter sampai naik bau. (Kalau mommies yg dh ada chicken stock, boleh guna chicken stock je ok)
2) Masukkan setengah cawan air dan labu. Biar sehingga labu lembut.
3) Masukkan tofu biar sampai mendidih sekejap je. Boleh tutup api. Siap.
4) Blend ikut selera baby.

Ha, siap dah blend. Tinggal Sofia nak ngap je. Untuk sukatan bahan kat atas ni Sofia boleh makan untuk lunch & dinner. Tu pun ada lebih lagi. So I bekukan je. Boleh makan untuk hari esok.

So, mommies selamat mencuba. :)