Wednesday, 24 February 2016

Applecrumby & Fish : Good news for mummies out there!

 

Applecrumby & Fish ni adalah salah satu baby boutique yg menjual pelbagai pilihan barang-barang keperluan untuk bayi dan ibu. Applecrumby & Fish menawarkan barangan bayi yg terdiri daripada premium organic baby skincare, natural baby food, finest baby clothes, dan macam-macam lagi lah kan.

Applecrumby & Fish ada menjual semua barang-barang ni melalui online dan butik yg terdapat di Kota Damansara. Ni alamat butik Applecrumby & Fish : No 3, Lorong Teknologi C, PJU 5
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Malaysia.

Ni antara barang-barang yang terdapat kat showroom Applecrumby & Fish ni:

Natural baby food (Sumber dari: Google Image)
 
Varieties of soft and plush toys. Cute kn? (Sumber dari: Google Image)
 
Organic baby skincare (Sumber dari: Google Image)
 
The good news is sekarang Applecrumby & Fish ni tengah buat contest sempena opening showroom diorang. Hadiah plak best! Boleh menang RM400 shopping voucher dari Applecrumby & Fish ni! Yang lagi best pemenang bukan untuk sorang, tapi untuk 1000 orang!!! So, cepat-cepat cuba nasib untuk masuk contest ni. Mana tau rezeki anak ke boleh dapat shopping voucher. :)
 
So, kalau nak join contest ni, simply klik link ni ---> CONTEST APPLECRUMBY & FISH
 
Good Luck!
 
 


Tuesday, 16 February 2016

Kerabu Tomato

Aku suka makan kerabu. Kerabu manga, kerabu timun, kerabu taugeh. Macam-macam jenis kerabu lagi lah. Tapi kali ni nak share one of my favourite kerabu which is kerabu tomato. Selalu aku akan wat kerabu tomato ni bila masak ayam masak merah. Macam ngan-ngam ja rasa dia kalo makan ngn nasi panas-panas, ayam masak merah ngn kerabu tomato. MARVELLOUS!

Cara nak wat kerabu tomato ni sangat lah senang. Semudah abc dan 123 gitu. Bahan-bahan nak wat pun sejemput ja. Tak dak lah penuh 1 page nak bawak list pi market beli barang. So ni bahan-bahan yang diperlukan utk wat kerabu tomato.

BAHAN-BAHAN (hidangan untuk 3-4 orang) :
3 biji tomato
Segenggam ikan bilis
2 ulas bawang besar
Garam secukup rasa
Sebiji limau kasturi

CARA-CARA :
1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Toskan dan tumbuk kasar.
 
2. Hiris halus tomato dan bawang besar. Kalau nak lagi sedap, guna tomato yang sudah masak dan agak lembut. Pastikan biji tomato dibuang dulu supaya nanti kerabu tu tak terlalu berair.
 
3. Campurkan ikan bilis yang digoreng tadi dengan tomato dan bawang besar yang dihiris halus. Tambahkan garam dan perahkan air limau kasturi. Kacau rata.
 
Tadaaaa. Ni lah hasilnya. Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA :)
 
 
TIPS:
1. Kalau suka pedas, boleh hiriskan cili dan campur kedalam kerabu
2. Kalau nak kerabu bau wangi, campurkan bunga kantan atau serai. Hiris nipis.

 
 
 


Sunday, 14 February 2016

Ayam Masak Merah

Hari ni nak share resepi ayam masak merah yg simple. Aku tak berapa suka makan gulai ayam. Sebab tak pedas kot. Kalau ayam masak merah ni mmg feveret la. Jom tgk bahan-bahan dulu.

BAHAN-BAHAN:
Untuk dikisar:
Segenggam cili kering
5 biji cili merah
1 ulas bawang besar
1 cm halia
1 cm belacan yang telah dibakar
1 tangkai serai

Setengah ekor ayam
1 tangkai daun kari
Bunga lawang
Kayu manis
Buah pelage
Setengah cawan susu segar

CARA-CARA MEMASAK:

1. Mula-mula sekali blend bahan-bahan kisar ni sampai halus
 
2. Lepas tu goreng ayam separuh masak. Toskan.
 
 
3. Lepas tu tumis daun kari, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau
 
4. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai naik minyak. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
 
5. Bila kuah dah mendidih, boleh masukkan ayam yang digoreng tadi. Tunggu kuah mendidih lagi sekali kemudian masukkan susu segar. Susu segar boleh juga digantikan dengan santan. Aku guna susu segar sebab nak sihat sikit. Huhu. Pregnant kan. Kena jaga kesihatan la. Lepas dah masuk susu segar tu, tunggu kejap je sampai mendidih sikit then dah boleh tutup api.
 
Siap dah ayam masak merah versi chef Sarah. : ) Simple kn? pejam mata pun boleh masak. Kihkih.
 
Selamat mencuba.