Masa survey nak book hotel, aku tengok memang kebanyakan hotel-hotel kat kawasan Brinchang lagi mahal berbanding hotel-hotel kat kawasan Tanah Rata. Even mahal sikit, aku prefer stay kat kawasan Brinchang sebab semua tempat-tempat yang aku nak gi jalan-jalan nanti mostly ada kt Brinchang. Kalo stay kat Tanah Rata jauh plak nak gi jalan-jalan dan dah memang kebiasaan kt Cameron ni jalan akan jem sebab ramai orang datang masa cuti sekolah atau cuti umum.So aku prefer cari hotel dekat-dekat dengan pasar malam sebab boleh jalan kaki ja gi sana nnt. Tak sanggup nak ngadap bontot kereta orang depan ja nanti berjam-jam.
Survey punya survey last-last aku dapat harga yang paling berpuas hati dari website Cuti.my . Website ni ada macam-macam pakej percutian yg boleh kita amek dari dalam negara sampai luar negara. Pakej honeymoon pun ada. Harga pun berpatutan. Aku amek pakej 2 hari 1 malam kat Hotel Titiwangsa + Breakfast utk 2 org + Steamboat dinner utk 2 org = RM196.10 (harga ni dah termasuk GST). Aku check in Sabtu ptg. Check out Ahad tengahari. Kalo korang beli weekdays, boleh dapat harga lagi murah.
So, pukul 10.30 am bertolak dari KL. Budget nak sampai Cameron sebelum pukul 3pm. Tapi apakan daya. Pukul 4.30pm baru sampai hotel. Huwaaaaaa. Semua sebab jem kat Brinchang. Aigoo. Stuck kt jem dah dekat 40 minit.Rugi masa dah kat situ. Tapi tak pa lah. Asal selamat sampai.
Gambar masa nak balik dah. Masa sampai tak sempat bergambar pun. Letih. -_-
Sampai ja terus check in, masuk bilik. Bilik pun not bad la. Bersih.Toilet pun bersih. Hotel ni ada wifi, tapi tak guna pun. So, tak tau la slow ke laju tenet nya. Iron tak disediakan untuk setiap bilik. Kalau nak iron baju, pihak hotel dah sediakan iron utk setiap floor kt tepi lif. Gigih la aku pun gi iron baju masa orang dok lalu lalang.
Masa check in, kena bayar RM30 untuk deposit. Masa tu kita akan dapat sekali voucher untuk steamboat dinner & breakfast. So jangan lupa bawak voucher tu sebab kena tunjuk dekat cashier nanti. Steamboat dinner dia start dari pukul 5.30pm sampai 10pm.
So aku pun naik bilik, mandi-mandi, solat & bsiap untuk turun gi makan steamboat dalam pukul 6.30pm. Cafe yg disediakan agak luas. Boleh muat dalam 100 orang jugak kot dalam satu-satu masa.So, sampai cafe, tunjuk voucher kat cashier pastu dia bawak kita duk meja kita depends on berapa orang kita datang lah. Atas meja dah ada sup. Korang boleh request nak tukar sup dengan tomyam. Bayar RM3 ja kalau tak silap. Tapi aku prefer sup ja. Then, pelayan akan dtg bawak makanan ats meja. Ada telur, fillet ikan, udang, fillet ayam, macam-macam jenis bebola dan seangkatan dengannya. Untuk sayur-sayur, mee, bihun, nasi, air & sos korang boleh amek banyak mana korang nak. Air hanya ada filter water ngn chinese tea ja.
Boleh makan dah :)
Reti ke tak guna chopstick tu? Macam pelik ja. Haha.
Baru makan separuh jalan. Dah tak larat nak bagi habis. Rehat perut jap 10 minit.
Untuk breakfast esok harinya ada disediakan mee goreng, kueyteow goreng, nasi lemak, bubur nasi, cereal, roti bakar dan salad. Air plak fresh orange, coffee & tea. Pagi ni ramai pulak orang. Penuh cafe. Aku makan nasi lemak ja. Tu pun dah kenyang.
Western sangat kau minum fresh orange pagi buta. Kalo ikut perut nak minum coffee, tapi ramai sangat beratur nak amek coffee. Malas aku. Grab ja mana tak ramai org.
No comments:
Post a Comment