Sabtu lepas dapat dua tiket free dari GSC sempena birthday. So, disebabkan husband yang nak sangat tengok movie Ant Man ni, so kami decide untuk tengok cita ni.
Permulaan cerita agak bosan. Pertengahan cerita baru rasa ok la cerita ni. Sebab di pertengahan cerita watak Hank Pym bagi macam-macam training untuk Scott Lang (Ant Man) supaya dia ready untuk jadi Ant Man. So, ada unsur-unsur lucu dalam training tu. Boleh la menghilangkan rasa bosan tu. Ngee.
Scott Lang hanyalah seorang lelaki biasa yang dh divorce dgn wife dia dan diorang ada seorang anak perempuan yang super CUTE. Macam biasa la cerita super hero mesti ada org jahat. Org jahat pun cuba untuk cipta suit yang boleh shrink manusia jadi kecil macam semut. Jadi, misi utama ant man adalah untuk merampas suit tu dari orang jahat yang botak tu.
Aksi-aksi dalam cerita ni bagi aku tak berapa menyengat dan mungkin kurenggg menarik bagi orang dewasa. Tapi aku rasa kids will love this movie. Bila tgk ant man berlari dgn semut-semut yang besar gajah tu.
Tapi thumbs up untuk nilai-nilai murni dan kekeluarggan dalam cerita ni. Nampak la kesungguhan Ant Man ni nak anak dia nampak ayah dia ni hero di mata anak dia. Tapi, disebabkan tiket free so ok la. Xdak la rasa x berbaloi sangat. Hihi. Overall nora kasi 3 bintang. :)
No comments:
Post a Comment