Monday, 24 August 2015

Tony Roma's Restaurant

Last month ada beli Tony Roma's Groupon voucher. Memang berbaloi sangat. Lagipun ni 1st time nak try g makan kat Tony Roma's. Dalam Groupon ni, macam-macam deal & voucher ada. Harga kadang-kadang boleh dapat sampai 80% diskaun!! Bukan food,restaurant ja, segala macam barang, vacation, hotel semua ada. Korang subscribe je. Memang tak rugi. Boleh tengok-tengok kat sini ok - Groupon . Ok, cukup lah kot promosi Groupon. hehe. Skrg nak cerita pasal Tony Roma's punga voucher yg aku beli.
Harga voucher ni RM40 untuk 1 set. Dalam 1 set tu korang dapat MAIN COURSE:
  • Bountiful Beef Ribs with BBQ Quarter Chicken ATAU
  • Bountiful Beef Ribs with Chicken Tenders
Pastu boleh pilih plak 2 side dishes. Ni antara senarai side dishes yang ada:
  • Coleslaw
  • Corn on the Cob
  • French Fries
  • Mashed Potatoes
  • Rice
  • Ranch Style Beans
  • Fresh Vegetables
  • Baked potato
  • Fire-roasted vegetables
Aku amek Bountiful Beef Ribs with BBQ Quarter Chicken Set dengan side dishes mashed potatoes & French fries. Dan ini lah hasilnyaaaaa :)

Portion memang besar dan puas hati. Yang paling best of course lah ribs dia. Memang sedap dan juicy!

 
 
Pastu korang akan dapat Soup of the day untuk appetizer. Soup of the day kat Tony Roma's ni selalunya ada 2 jenis. Hari aku gi sana, Soup of the day adalah meat clear soup. Mula-mula waiter hantar soup, tengok macam tak best je. Sebab Nampak clear je kan. Tapi bila rasa not bad la. Sedap jugak. Ditambah pulak dengan hirisan-hirisan daging yg ada dalam soup tu. Best! Ni Soup yang aku dapat:
 
 
 
 
And last sekali untuk minuman. Yang ni tak boleh pilih. Dorang memang bagi Fruity breeze. Not bad. Sedap. Ada rasa soda + mango + orange. Fresh!
 
 
 


Kalau tak beli voucher dari Groupon, harga 1 set yang aku makan ni RM 82.00. So memang sangat berbaloi lah aku dapat dengan harga RM40 :) Jadi, korang kalo ada free time rajin-rajin tengok website Groupon. Mana tau ada lagi deal dari Tony Roma's ni. Bon appetit!

Movie Review : Ant Man



 
Sabtu lepas dapat dua tiket free dari GSC sempena birthday. So, disebabkan husband yang nak sangat tengok movie Ant Man ni, so kami decide untuk tengok cita ni.
 
 
Permulaan cerita agak bosan. Pertengahan cerita baru rasa ok la cerita ni. Sebab di pertengahan cerita watak Hank Pym bagi macam-macam training untuk Scott Lang (Ant Man) supaya dia ready untuk jadi Ant Man. So, ada unsur-unsur lucu dalam training tu. Boleh la menghilangkan rasa bosan tu. Ngee.
 
Scott Lang hanyalah seorang lelaki biasa yang dh divorce dgn wife dia dan diorang ada seorang anak perempuan yang super CUTE. Macam biasa la cerita super hero mesti ada org jahat. Org jahat pun cuba untuk cipta suit yang boleh shrink manusia jadi kecil macam semut. Jadi, misi utama ant man adalah untuk merampas suit tu dari orang jahat yang botak tu.
 
 
Aksi-aksi dalam cerita ni bagi aku tak berapa menyengat dan mungkin kurenggg menarik bagi orang dewasa. Tapi aku rasa kids will love this movie. Bila tgk ant man berlari dgn semut-semut yang besar gajah tu.
 
 
Tapi thumbs up untuk nilai-nilai murni dan kekeluarggan dalam cerita ni. Nampak la kesungguhan Ant Man ni nak anak dia nampak ayah dia ni hero di mata anak dia. Tapi, disebabkan tiket free so ok la. Xdak la rasa x berbaloi sangat. Hihi. Overall nora kasi 3 bintang. :)
 
 

Thursday, 20 August 2015

Candle Light Dinner di Sandy Beach Resort, Langkawi

Hari ni nak review makanan di Café Sandy Beach Resort, Langkawi. Masa tu pegi sana amek honeymoon pakej. Lepas letih-letih kenduri, cuti pun tak banyak, husband and I pun decide honeymoon dekat-dekat ja.

Memang plan nak pi honeymoon kt pulau. Tapi tak kan lah nak pi honeymoon kat Pulau Pinang plak. Tu kat umah sendiri dah tu. Hikhik. So, paling dekat kitorang decide pi Pulau Langkawi.
Sandy Beach Resort Langkawi memang betul-betul terletak di Pantai Chenang. Turun ja dari bilik, kaki dah jejak pasir pantai. Memang best. Tapi tak nak cerita lebih pasal resort. Nak cerita pasal makanan ja. :)


So, candle light dinner ni memang dah termasuk dalam pakej honeymoon kami. Jadi aku pun tak tau la berapa harga untuk setiap makanan tu. Pakej yang aku amek dari travel agensi tu adalah RM800 untuk 2 org. Pakej dh termasuk dengan harga penginapan 3 hari 2 malam di Sandy Beach Resort, kereta sewa 3 hari, Island Hopping, dan Candle Light Dinner.
Untuk starter/appetizer, kami di hidangkan dengan shrimp salad. Ini lah rupa shrimp salad kami:

 
 
 
Aku suka udang & salad dia yang rasa fresh. Cuma aku lagi prefer kalau diorang letak lebih sikit salad dressing.

Then, menu seterusnya adalah mushroom soup and slices of bread. Dan ini lah rupanya:


 
 
Sedap! Mushroom soup ni cukup rasa. Ada ketulan-ketulan kecil mushroom dan bila makan dengan roti plak, memang best!

Menu ketiga, kami dihidangkan dengan main course. Barbecue Platter. Ni rupanya:

 
 
Portion yang agak besar. Ada grilled chicken wing, grilled beef steak with black paper sauce, satay, roti bun dan salad. Masa ni dah kenyang sebab makan Shrimp Salad dengan Mushroom Soup lagi tadi aku dah tibai. Aku pun dah tak larat nak habiskan platter ni.

Untuk Barbecue Platter ni, aku suka dia punya chicken wing dengan satay. Memamg sedap! satay dia ada rasa manis-manis, juicy dan daging ayam dia memang lembut. Chicken wing pun memang sedap secukup rasa lah katakan. Tapi untuk beef steak, daging agak kenyal dan liat. Dan tak berapa juicy la.

Lastly, untuk dessert, kami dihidangkan dengan Fruit Platter & Watermelon Juice.







Resepi Ikan Sambal Terung Pipit

 
BAHAN-BAHAN
4 ekor ikan gelama papan
Garam secukup rasa
Kunyit secukup rasa
 
(UNTUK SAMBAL)
5 sudu besar cili kering yang dikisar
3 sudu besar sos cili 
1 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar
Segenggam terung pipit
 
CARA-CARA MEMASAK
1. Ikan dibelah belakang. Bersihkan ikan.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit secukup rasa.
3.Gaul cili kisar, bawang yang dihiris nipis, serta sos cili serta sedikit garam. Setelah sebati, perahkan limau kasturi kedalam sambal.
4. Sumbat sambal yang disediakan ke dalam perut ikan. Simpan 3 sudu lebihan sambal.
5. Goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.
6. Tumis lebihan sambal bersama terung pipit dan taburkan di atas ikan. Sedia untuk dihidang.
 
SELAMAT MENCUBA! :)