So, hari ni nak review pasal indoor playground yang aku bawak Sofia. Ni first time aku bawak Sofia main indoor playground. Memandangkan dia dah bosan dengan mainan dia, so aku decide ok lah, jom try bawak Sofia pergi indoor playground. Sebelum ni pernah ja bawak Sofia pergi outdoor playground yang dekat area kawasan perumahan tu. Tapi Sofia macam krik krik je. 😂
Aku pun survey lah indoor playground yang ada sekitar area Klang Valley ni. Aku survey dari website Kidxy ni. Senang sangat. Korang boleh search macam-macam jenis aktiviti yang best untuk kanak-kanak. Lagi best sebab website ni offer harga tiket at discount price. So korang boleh dapat harga murah sikit la dari harga asal.
Sofia baru 1y8m so tak banyak sangat choice indoor playground yang ada sebab mostly start dari umur 2 tahun. Actually boleh saja nk masuk indoor playground yang start umur 2 tahun. Cuma mainan dia pn mostly untuk kanak-kanak range umur tu lah kan. Cari punya cari, at last aku decide nak bawak Sofia ke Star Light Kids, Avenue K. Avenue K ni shopping mall yang agak baru jugak la kat Jalan Ampang. Area-area KLCC semua tu. Aku suka mall ni sebab seriously tak ramai orang. Best je jalan. Tak tau lah nanti-nati lepas ni dah berduyun orang kan. Baik aku pergi awal-awal. 😂
So, stop membebel. Tiket untuk masuk Star Light Kids berharga RM39. Ni harga I beli dari website Kidxy ye. Kalau actual price I tak sure. Sorang parents boleh masuk teman anak. Kalau dua-dua nak masuk pun boleh. Extra charge RM5 je. So, aku ngn husband dua-dua masuk teman budak Sofia ni main.
So, ni entrance masuk Star Light Kids. Comel je maskot astranaut tu. Sofia berkenan sangat. 😂 Btw, ni gambar masa dah nak balik. Staff bagi balloon kt Sofia. Suka la mek ni.
Pantang tengok lampu warna-warna. Terpegun. 😁
See? Lengang je kan mall ni. Kalau mall lain mcm Mid Valley ke, jangan kau mimpi tempat rehat macam ni kosong. 😑
Ni dah masuk dalam. Bahagian kaunter. Ada jugak small cafe kat sini. Boleh bawak air minuman dan snack baby. Tapi tak boleh bawa masuk kawasan playground. Ada loker disediakan dengan bayaran deposit RM10. Nanti nak balik dapat balik duit tu ye. So kalau anak dah letih main, nak minum air boleh g kat kaunter amek air minuman dia sambil-sambil belek buku. Sebelum masuk area playground, staff check dulu suhu badan Sofia in case ada demam. Kalau demam tak boleh masuk lah ye. Ni untuk keselamatan kanak-kanak lain yang main sekali. Takut berjangkit ke apa kan.
Start dah pengembaraan cik Sofia kita. Ibu pun terpaksa merangkak ikut dia masuk 😑. Sofia kecik lagi jadi tak boleh la biar dia naik sorang. Kang tunggang tbalik anak I atas tu. huhu
Favourite spot dia dalam ni. Suka sangat bola ni. Tepi ni ada slides.
So, ni saja gambar yang sempat snap. Dah tercungap-cungap main ngn Sofia, terlupa amek gambar. 😂 Korang boleh je google Star Light Kids Avenue K nanti ada je keluar banyak gambar mainan apa lagi ada dalam ni ye.
For me, agak berpuas hati lah sebab Sofia enjoy her time. Tapi harga RM39 untuk playground agak mahal. Mungkin sekali-sekala bawa anak boleh lah kan. In my opinion, harga indoor playground kat sini agak mahal sebab kawasan dia luas. Bebas anak-anak nak berlari. Compare to sesetengah indoor playground yang harga murah, crowded dan sempit sgt tempatnya.
So, think wise. Kalau rasa nak main lama, boleh masuk sini, baru berbaloi. Kalau nak stay kejap je, better cari playground yang lebih murah. 😀
Sampai sini saja lah update kali ni. Mengantuk dahhhhh. Bye!
No comments:
Post a Comment