Monday, 7 May 2018

MUMMY ROBE

Last week I won a contest giveaway from Alive 3 Facebook. I won a Button Down Mummy Robe. 🎉🎉🎉🎉

Today, received my parcel with love. ❤ So today I want to review a little bit on this robe cause I think this robe is so useful especially for breastfeeding mummies.

First thing, maybe ada yang tanya, apa benda Mummy Robe ni??? Yes, that is my first thought when I found out about their giveaway post on fb. 😁 So, rupanya Mummy Robe ni pakaian yang kita pakai masa warded. Sepanjang 28 tahun ni, 2 kali kena warded. First, masa diploma. Sebab nak buang apendiks. Second, masa delivered Sofia.

Dua-dua kali warded ni, memang sama saja lah "uniform" yang dapat. Dapat baju hospital yang top dia kena guna tali untuk ikat macam kimono tu, dgn kain yang kena pakai macam kain batik. Masa apendiks, tak dak masalah. Masa bersalin susah sikit sebab kejap-kejap nak menyusu. Dengan nak mengikat tali, dengan nak pegang kain yang asyik nak terlondeh 😂 Sebab tak pandai pakai kain batik. So same goes to this hospital punya kain. Kena pakai macam kain batik jugak.

So, bila Alive 3 buat contest ni kat fb, try join. Sekali menang pulak. Alhamdulillah. Rezeki.




Siap ada card lagi. 😊


Awww. So kind of you. Thank you. 😘





Full view



Ada button. All the way from top to the bottom. Senang nak menyusu kalau warded untuk bersalin.





Close up. Material memang selesa. Lembut. Tak tebal tapi tak jarang.


Siap ada lining lagi sebelah dalam. 


Ignore seluaq tidoq tu. 😂 Dah cuba pakai, memang selesa. Siap ada poket besar kt depan for both sides. Boleh letak phone dan segala macam yang nak letak. 

Thank you so much Alive 3 Facebook for this great giveaway. Check out their fb for more designs and colours for this Mummy Robe. They offer several designs to choose. Lepas ni kalau ada rezeki dapat baby, boleh pakai robe ni kat hospital 😍😍😍 Senang nak menyusu, selesa, tak payah tergagai nak ikat tali lagi 😂


Friday, 27 April 2018

Menang Contest Fooxee

Alhamdulillah. Minggu lepas menang contest dari Fooxee. Fooxee is a community facebook page yang share all about foods.

So, Fooxee ada buat undian mengikut tema setiap minggu. Contoh, macam contest yang I menang ni, kena vote apa favourite food kalau makan di kedai mamak. Me, for sure lah vote for roti canai. So, Fooxee akan randomly pick saja pemenang. Minggu lepas rezeki I menang.

So, minggu ni dah sampai pun hadiah. I dapat barangan dari The Face Shop! Best sgt!
Nice packaging right? So cute! Dapat-dapat terus bukak dah nak tengok ada apa kt dalam 😁


So dalam polkadot square box tu ada body wash & lotion in Lime fragrance. Seriously mmg best sgt bau dia. Mmg bau Lime yg fresh! And the other box yg bentuk rectangle tu ada face mask. Actually ada 4. Tapi I dah tak menyempat nak try pakai yg honey punya, so tak de lah dalam pic ni 😁 Yang honey face mask tu untuk moisturize. Memang best sgt. Muka rasa fresh, lembab, dan lembut je lepas bilas. Bau pun mmg wangi! Rasa nak makan je sebab bau madu. 😋

So, thank you Fooxee untuk giveaway yang best ni! Oh, lupa bagitau. Hadiah ni bernilai RM100. Ok la, dah 1 pagi. 😴😴😴 Goodnight! 

Thursday, 26 April 2018

Menang Giveaway Nice Catch

So, how should I start this. Ermm. I sejenis yang suka join contest-contest di FB, Instagram, Blog. Senang cerita mana-mana contest yang I jumpa di laman sosial I akan join.

First contest I menang dapat RM100 cash. Dah tak ingat contest apa tu. Huhu. Then start dari tu, rasa excited sgt nk join contest. Sapa tak suka brg free kan?? Dah la hadiah best- best plak tu! So, I dah pernah menang smart watch dari Samsung, aircond dari Fujiaire, all paid holiday trip! and the lists goes on. Hahaha. Memang banyak sgt. Bukan semua lah contest I masuk, I akan menang. Tengok rezeki lah kan. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah.

So terfikir, apa best jugak kalau share dekat blog apa yang I pernah menang. Nanti-nanti boleh tgk blk pastu senyum sensorang. Haha.

So contest yang lepas-lepas memang I xdapettt lah nak share kan. I share recent contest yg I menang. Recently, menang contest dari Nice Catch. Nice Catch ni restaurant makanan seafood kat Pavilion KL. Harga dia boleh tahan mahal lah kan. So, Alhamdulillah dapat rezeki makan free. Nyummmsss.

Dekat sebulan jugak lah nak tunggu hadiah sampai. Hihi. Sebab dorang nak prepare voucher. So, hari yg ditunggu telah tiba.

Bukak parcel, dapat voucher utk one meal. Tapi this one meal pun dah cost RM119. Sebab menu dia boleh share. Portion besar la. Boleh pilih nak Great Ocean Fiesta atau Captains's Seafood Spread. Both menu harga sama.

So, I pilih Great Ocean Fiesta sebab ada nasi sekali. Tekak melayu. Harus lah ada nasi. 😂

Haa. Ni lah rupa dia Great Ocean Fiesta. Serius sedap weh! Ni bukan I nak mengampu ke hape k. I bagitau jujur! 😂 Memang enjoy every bit of it! Nasi sedap, seafood fresh! paling best Mussels Poach dia yang dalam mangkuk hitam tu memang best sgt! Bila hirup sup dia, wahhhh rasa segar sgt! RECOMMENDED! Sesuai untuk share 2 orang. 

So, dalam voucher tak include drinks. So I order air ni. Botanical Passion. Sedap! Masam-masam sikit. 


Tempat dia sangat cosy. Best!

Wefie dulu sebelum makan. Wajib! 😂


Overall memang puas hati sgt makan seafood kat sini. Lagi puas hati sebab dapat makan free. 😀 

Ok, sampai sini ja. Nanti kita update menang contest lain pulak ok. Byeeee.

Sunday, 21 January 2018

Star Light Kids, Avenue K Review

Ya ampunnn, dah bersarang blog I ni. Sekarang jangan mimpi la kejap-kejap nk update blog. Kena tunggu si kecik Sofia tido baru boleh online tanpa gangguan. 😂

So, hari ni nak review pasal indoor playground yang aku bawak Sofia. Ni first time aku bawak Sofia main indoor playground. Memandangkan dia dah bosan dengan mainan dia, so aku decide ok lah, jom try bawak Sofia pergi indoor playground. Sebelum ni pernah ja bawak Sofia pergi outdoor playground yang dekat area kawasan perumahan tu. Tapi Sofia macam krik krik je. 😂

Aku pun survey lah indoor playground yang ada sekitar area Klang Valley ni. Aku survey dari website Kidxy ni. Senang sangat. Korang boleh search macam-macam jenis aktiviti yang best untuk kanak-kanak. Lagi best sebab website ni offer harga tiket at discount price. So korang boleh dapat harga murah sikit la dari harga asal.

Sofia baru 1y8m so tak banyak sangat choice indoor playground yang ada sebab mostly start dari umur 2 tahun. Actually boleh saja nk masuk indoor playground yang start umur 2 tahun. Cuma mainan dia pn mostly untuk kanak-kanak range umur tu lah kan. Cari punya cari, at last aku decide nak bawak Sofia ke Star Light Kids, Avenue K. Avenue K ni shopping mall yang agak baru jugak la kat Jalan Ampang. Area-area KLCC semua tu. Aku suka mall ni sebab seriously tak ramai orang. Best je jalan. Tak tau lah nanti-nati lepas ni dah berduyun orang kan. Baik aku pergi awal-awal. 😂

So, stop membebel. Tiket untuk masuk Star Light Kids berharga RM39. Ni harga I beli dari website Kidxy ye. Kalau actual price I tak sure. Sorang parents boleh masuk teman anak. Kalau dua-dua nak masuk pun boleh. Extra charge RM5 je. So, aku ngn husband dua-dua masuk teman budak Sofia ni main.

So, ni entrance masuk Star Light Kids. Comel je maskot astranaut tu. Sofia berkenan sangat. 😂 Btw, ni gambar masa dah nak balik. Staff bagi balloon kt Sofia. Suka la mek ni.

Pantang tengok lampu warna-warna. Terpegun. 😁

See? Lengang je kan mall ni. Kalau mall lain mcm Mid Valley ke, jangan kau mimpi tempat rehat macam ni kosong. 😑

Ni dah masuk dalam. Bahagian kaunter. Ada jugak small cafe kat sini. Boleh bawak air minuman dan snack baby. Tapi tak boleh bawa masuk kawasan playground. Ada loker disediakan dengan bayaran deposit RM10. Nanti nak balik dapat balik duit tu ye. So kalau anak dah letih main, nak minum air boleh g kat kaunter amek air minuman dia sambil-sambil belek buku.  Sebelum masuk area playground, staff check dulu suhu badan Sofia in case ada demam. Kalau demam tak boleh masuk lah ye. Ni untuk keselamatan kanak-kanak lain yang main sekali. Takut berjangkit ke apa kan. 

Start dah pengembaraan cik Sofia kita. Ibu pun terpaksa merangkak ikut dia masuk 😑. Sofia kecik lagi jadi tak boleh la biar dia naik sorang. Kang tunggang tbalik anak I atas tu. huhu

Favourite spot dia dalam ni. Suka sangat bola ni. Tepi ni ada slides.

So, ni saja gambar yang sempat snap. Dah tercungap-cungap main ngn Sofia, terlupa amek gambar. 😂 Korang boleh je google Star Light Kids Avenue K nanti ada je keluar banyak gambar mainan apa lagi ada dalam ni ye. 

For me, agak berpuas hati lah sebab Sofia enjoy her time. Tapi harga RM39 untuk playground agak mahal. Mungkin sekali-sekala bawa anak boleh lah kan. In my opinion, harga indoor playground kat sini agak mahal sebab kawasan dia luas. Bebas anak-anak nak berlari. Compare to sesetengah indoor playground yang harga murah, crowded dan sempit sgt tempatnya.

So, think wise. Kalau rasa nak main lama, boleh masuk sini, baru berbaloi. Kalau nak stay kejap je, better cari playground yang lebih murah. 😀

Sampai sini saja lah update kali ni. Mengantuk dahhhhh. Bye!