Jadi alkisahnya, aku decide nk bersalin kt PPUM sebab dekat dengan rumah. So senang kalau emergency nak ulang alik pegi hospital. Lagipun aku risky pregnancy sebab ada fibroid masa pregnant. So senang pilih hosp yg dekat dgn rumah je. Takut in case nanti dah dekat bersalin ada bleeding.
Masa tu 16/5 aku g check up utk 38 weeks pregnant. So, doc scan lagi nk tgk kedudukan baby sebab Sofia still lagi tak nak turun. Dia di kedudukan melintang dalam rahim. Kesian Sofia tak boleh nk pusing. Space terhad dlm perut ibu sebab fibroid. Huhu. Sampai lah 38 weeks pun Sofia masih di kedudukan yg sama. Doc scan pulak nk tgk kedudukan fibroid. Unfortunately fibroid betul2 ada dekat laluan baby nk keluar. So doc decide confirm kena czer.
Doc explain the worse yg aku n husband will go through. Sbb doc nak aku n husband tau risiko2 cser ni dan kedudukan fibroid. Doc kata maybe aku akan dibedah menegak sbb saiz fibroid yg agak besar which is the size is already 5cm++. Tapi doc akan cuba sehabis baik utk bedah melintang. Sebab kalau bedah menegak luka lebih lambat sembuh dan patient akan rasa lebih sakit berbanding bedah secara melintang. And the worse worse worse part is kalau masa cser jadi over bleeding. Kemungkinan rahim akan dibuang utk selamatkan ibu. Ya Allah. Masa dengar ni rasa sebak dah. Tapi tak nak emosi sangat takut baby stress nanti.
Doa dan tawakal ja yang mampu. Berserah ja pada Allah. Doc dah tetapkan tarikh bedah which is 18/5. So doc pun kata hari ni je la u admit ok. I tak nak anything happen dkt u kalau I duduk rumah. Bleeding atau apa nanti susah. Hati aku mmg tak nak admit lg. Sbb dua hari nk duduk hosp baru kena bedah. Tapi, sebab ni 1st time experience n risaukan keselamatan baby, aku ikut je ckp doc.
So admit lah aku di Ppum dengan hati yg redha. |
Ni yg paling tak suka. Rimas,ngilu semua ada. Bertabahlahhhh |
Hari second rutin biasa mcm hari 1st. Cuma dah nervous sbb esok nk kena czer dh. Doc dtg check, bagitau lg skali risiko pembedahan. Aku pn nangis utk kali ke 100. Aku rasa kalau aku stay kt rumah mesti emosi lagi stabil kot. Duduk hosp tension sgt. Dah la jumpa husband kejap2 ja. Sabar je la. Baby dlm perut la yg teman 24 jam. Thanks Sofia teman ibu. Buat ibu kuat utk 2,3 minit. Lepas tu ibu nangis lagi.
Hari ketiga. Bgn solat Subuh. Doa banyak2 dipermudahkan aku bersalin hari ni. Semoga baby selamat, aku selamat. Nangis lg. Sigh! Semalam doc dah gtau aku bedah pukul 9pg. So dlm pukul 8 tu dah kena ready. Mandi, bersihkan diri, nurse pun dah kasi ubat berak utk kosongkan perut. Dah pesan kat husband dtg awal sbb nk jumpa husband sblm masuk dewan bedah. 8.30 nurse dah pggl nama. Takut nya ya Allah. Husband tak boleh dtg kt wad sbb bkn waktu melawat. So husband tggu kt bwh depan dewan bedah. Sampai kt bawah, aku salam husband, minta ampun kalau ada wat salah, minta dia doa semua dipermudah. Aku nangis lagi. Huhu.
Dlm bilik bedah, doc cucuk epidural. Sblm cucuk doc kata tahan sikit ye puan. Nanti u akan rasa mcm kena shock electrik sikit. Dia bg bola besar utk aku peluk. Then suddenly, rasa mcm kena shock. Sakit!!!! Bkn rasa lg nk peluk kuat bola tu. Aku rasa nak baling bola tu kt doc! Sblm ni tny pngalaman org cucuk epidural, baca blog. Ada yg kata sakit dan ada yg kata tak sakit. Tp bagi aku, SAKIT! Lepas dh settle bius, doc kata rilex je. Kalo rasa nak tido boleh tido. Seriously mmg tak boleh tido lah. Dgn lampu terang benderang, suara doc, nurse yg kuat. Cena la nk tido doc oiii. Aku ni dh la jenis org bukak suis pn boleh terjaga tido. Sepanjang pmbedahan, aku tak rasa apa2. Cuma rasa badan ja bergoyang masa doc nak keluarkan baby. Banyak kalo aku tny doc baby ok tak. Doc kata don't worry baby ok. Aku tak senang hati sampai lah aku dgar suara Sofia menangis. Ya Allah syukur sgt masa tu baby dh keluar. Apa lg aku pun. Nangis lagi. Nurse dtg tnjuk baby dan tny aku baby girl ke boy. Alhamdulillah aku pn tak over bleeding. Allah permudahkan segala urusan.
Alhamdulillah. Jannah Sofia Bt Ahmad Syahir. 2.82kg. Permata hati ibu. |
Ni pulak souvenir lepas blk hosp. Ha ni sebab apa aku cerita next entry. Dh ngantuk dh. :) bye. |
No comments:
Post a Comment