Monday, 23 January 2017

Pengalaman Bersalin di PPUM

Malam ni tak boleh tido. Tengok anak kat sebelah dah nyenyak ja tido. Teringat pulak saat-saat nak bersalin 8 bulan lepas. Huhu. Sofia dah 8 bulan dah pun. Baru rasa nk tulis blog pasal bersalin hari tu. Kalau ingat balik memang serik sangat nak duduk hospital. Bukan apa, aku tak suka tangan kena cucuk. Tak selesa nk mandi lah, solat lah. Tiap minit dok tengok ja jarum kat tangan. Sigh! Husband pulak tak boleh teman. Sedihnyaaaa.

Jadi alkisahnya, aku decide nk bersalin kt PPUM sebab dekat dengan rumah. So senang kalau emergency nak ulang alik pegi hospital. Lagipun aku risky pregnancy sebab ada fibroid masa pregnant. So senang pilih hosp yg dekat dgn rumah je. Takut in case nanti dah dekat bersalin ada bleeding.

Masa tu 16/5 aku g check up utk 38 weeks pregnant. So, doc scan lagi nk tgk kedudukan baby sebab Sofia still lagi tak nak turun. Dia di kedudukan melintang dalam rahim. Kesian Sofia tak boleh nk pusing. Space terhad dlm perut ibu sebab fibroid. Huhu. Sampai lah 38 weeks pun Sofia masih di kedudukan yg sama. Doc scan pulak nk tgk kedudukan fibroid. Unfortunately fibroid betul2 ada dekat laluan baby nk keluar. So doc decide confirm kena czer.

Doc explain the worse yg aku n husband will go through. Sbb doc nak aku n husband tau risiko2 cser ni dan kedudukan fibroid. Doc kata maybe aku akan dibedah menegak sbb saiz fibroid yg agak besar which is the size is already 5cm++. Tapi doc akan cuba sehabis baik utk bedah melintang. Sebab kalau bedah menegak luka lebih lambat sembuh dan patient akan rasa lebih sakit berbanding bedah secara melintang. And the worse worse worse part is kalau masa cser jadi over bleeding. Kemungkinan rahim akan dibuang utk selamatkan ibu. Ya Allah. Masa dengar ni rasa sebak dah. Tapi tak nak emosi sangat takut baby stress nanti.

Doa dan tawakal ja yang mampu. Berserah ja pada Allah. Doc dah tetapkan tarikh bedah which is 18/5. So doc pun kata hari ni je la u admit ok. I tak nak anything happen dkt u kalau I duduk rumah. Bleeding atau apa nanti susah. Hati aku mmg tak nak admit lg. Sbb dua hari nk duduk hosp baru kena bedah. Tapi, sebab ni 1st time experience n risaukan keselamatan baby, aku ikut je ckp doc.

So admit lah aku di Ppum dengan hati yg redha.


Ni yg paling tak suka. Rimas,ngilu semua ada. Bertabahlahhhh

Kat Ppum ni husband tak boleh masuk teman wife bersalin. Jadi kau bertabah lah berperang sorang2. Huhu. Nasib lah aku kena czer. Huhu. So hari 1st kt hosp tak dak buat apa sangat. Nangis, makan, tido, online. Ni je kerja aku. Serius bosan. Husband tak boleh teman. Dia boleh dtg waktu melawat ja. Sedih sangat. Padahal time ni la nak husband 24 jam ngn kita. Tgk fon bnyk2 kali baca doa utk dimudahkan bersalin. Takut sgt. Nak baby selamat, ibu pun selamat. Nsb baik aku admit dh ptg. Kejap je rasa hari ni. Tp nurse pun tny nape admit awal sgt. Apa boleh buat. Aku senyum je la. Dlm hati nak ja lari blk.

Hari second rutin biasa mcm hari 1st. Cuma dah nervous sbb esok nk kena czer dh. Doc dtg check, bagitau lg skali risiko pembedahan. Aku pn nangis utk kali ke 100. Aku rasa kalau aku stay kt rumah mesti emosi lagi stabil kot. Duduk hosp tension sgt. Dah la jumpa husband kejap2 ja. Sabar je la. Baby dlm perut la yg teman 24 jam. Thanks Sofia teman ibu. Buat ibu kuat utk 2,3 minit. Lepas tu ibu nangis lagi.

Hari ketiga. Bgn solat Subuh. Doa banyak2 dipermudahkan aku bersalin hari ni. Semoga baby selamat, aku selamat. Nangis lg.  Sigh! Semalam doc dah gtau aku bedah pukul 9pg. So dlm pukul 8 tu dah kena ready. Mandi, bersihkan diri, nurse pun dah kasi ubat berak utk kosongkan perut. Dah pesan kat husband dtg awal sbb nk jumpa husband sblm masuk dewan bedah. 8.30 nurse dah pggl nama. Takut nya ya Allah. Husband tak boleh dtg kt wad sbb bkn waktu melawat. So husband tggu kt bwh depan dewan bedah. Sampai kt bawah, aku salam husband, minta ampun kalau ada wat salah, minta dia doa semua dipermudah. Aku nangis lagi. Huhu.

Dlm bilik bedah, doc cucuk epidural. Sblm cucuk doc kata tahan sikit ye puan. Nanti u akan rasa mcm kena shock electrik sikit. Dia bg bola besar utk aku peluk. Then suddenly, rasa mcm kena shock. Sakit!!!! Bkn rasa lg nk peluk kuat bola tu. Aku rasa nak baling bola tu kt  doc! Sblm ni tny pngalaman org cucuk epidural, baca blog. Ada yg kata sakit dan ada yg kata tak sakit. Tp bagi aku, SAKIT! Lepas dh settle bius, doc kata rilex je. Kalo rasa nak tido boleh tido. Seriously mmg tak boleh tido lah. Dgn lampu terang benderang, suara doc, nurse yg kuat. Cena la nk tido doc oiii. Aku ni dh la jenis org bukak suis pn boleh terjaga tido. Sepanjang pmbedahan, aku tak rasa apa2. Cuma rasa badan ja bergoyang masa doc nak keluarkan baby. Banyak kalo aku tny doc baby ok tak. Doc kata don't worry baby ok. Aku tak senang hati sampai lah aku dgar suara Sofia menangis. Ya Allah syukur sgt masa tu baby dh keluar. Apa lg aku pun. Nangis lagi. Nurse dtg tnjuk baby dan tny aku baby girl ke boy. Alhamdulillah aku pn tak over bleeding. Allah permudahkan segala urusan.

Alhamdulillah. Jannah Sofia Bt Ahmad Syahir. 2.82kg. Permata hati ibu.

Ni pulak souvenir lepas blk hosp. Ha ni sebab apa aku cerita next entry. Dh ngantuk dh. :) bye.


Friday, 20 January 2017

HOMESTAY BEST DI MELAKA

Alhamdulillah. Dah masuk 8 bulan Sofia bulan ni. Cepat sangat masa berlalu. Ada rezeki bawak Sofia pegi bercuti kat Melaka bulan ni. Actually, plan nak pegi Melaka ni since aku pregnant lagi. Tapi asyik delay vacation sebab aku punya morning sickness level tinggi menggunung. Tak larat mak buyung nak bawak perut plus nak muntah sana sini.

Kali ni nak story pasal homestay yang best kt Melaka. Dulu berdua ngn husband memang tak la bercuti nak duduk homestay bagai. Tapi bila dah ada baby ni, memandangkan Sofia pulak jenis nak kena tawaf pusing rumah dodoikan dia, baru sikecik ni nak lelap. Senang kalau duduk homestay. Lagi pulak, Alhamdulillah menang contest dari Homeaway Asia dapat voucher sgd200 untuk book homestay. Sgd200 equals to myr600 duit malaysia. Tu yang laju aku ajak husband gi Melaka. Homeaway ni memang website untuk korang booking homestay. Malaysia, Singapore, Indonesia dan negara-negara asia lain. Ha cari lah homestay jenis apa korang nak. Yang jenis hostel pun ada, 6 bilik pun ada kalo nak pegi ramai.

Memandangkan kami 3 beranak je pegi kali ni, aku pilih homestay yang ada dua bilik. Homestay yang aku pilih ni memang tengah-tengah bandar Melaka. So memang dekat dengan Mahkota Parade & Dataran Pahlawan. Memang strategic area la. Aku pilih homestay kat Silverscape@Hatten City Melaka. Condo ni actually bulan Mac nanti baru launch. Risau jugak aku nanti facilities kurang ke hape. Tapi Alhamdulillah semua dah lengkap. Security jangan takut lah. Dalam lif pun ada pak guard yang tunggu.

Ha ni Silverscape residence. Tapi gambar ni dari google la. Kalo aku nak amek gambar dari sudut ni kena duduk tengah jalan la. Hihi.

Ok jom cuci mata tengok gambar homestay ni pulak.









Bilik lagi 1 kita lupa nak snap gambar. Sebab letih dah bergusti ngan Sofia nak bagi dia mandi ngan makan.

Condo ni memang bersih, selesa, pemandangan pun cantik. Oh lupa bagitau. Condo ni balkoni dia facing seaview. So memang nyaman je rasa. Bath tub pn facing seaview. Harga aku sewa homestay ni myr300/night. Sangat berbaloi. Selain swimming pool, ada jugak sauna, gym, bbq place dan playground. Memang lengkap facilities dia.

Kalau nak booking, korang boleh ikut link ni Silverscape@Hatten City. Boleh contact owner semua melalui website Homeaway ni. Owner homestay ni sangat baik dan friendly orang nya, Mr. Philip. Dia stay kat Singapore tapi jgn risau sebab segala urusan homestay dia kat Melaka ada orang kt Melaka yang uruskan. Memang recommended sgt homestay ni. So kalau korang nak bercuti kat Melaka boleh la stay kat sini. :)