Wednesday, 27 January 2016

Cameron Highland: Tempat-tempat Best di Cameron

So, hari kedua baru aku ngn husband kuar jalan-jalan. Check out dari hotel pukul 11pm. Pastu terus drive gi Cactus Point. Sebab kami decide balik ikut Simpang Pulai, so on the way balik akan jumpa Cactus Point dulu. Actually, sapa-sapa yg stay blah Selangor, Kl & so on lg dekat kalau balik ikt Tapah. Tapi sebab jalan ikut Tapah sangat bputaq belit, husband decide balik ikut Simpang Pulai ja. Kalo tak, ada org muntah plak dalam kreta. Hehe.

Jarak dari Hotel Titiwangsa ke Cactus Point dalam 6km je pun. Tapi sebab jem, perjalanan jd 35 minit nak sampai sana. Sabo je lahhhh. Ni entrance Cactus Point.


Sesetengah tempat kat Cameron ni kalo nak masuk kena bayar. Tapi Cactus Point ni FREE ja. Masuk la brapa kali nak masuk pun, brapa lama pun takpa. Sini banyak jual pokok cactus comel-comel yg korang boleh beli untuk bagi souvenir atau untuk nak tanam kt umah. Best sangat pilih cactus kt sini. Ada banyak pilihan.



Untuk cactus comel-comel ceni harga 1 pot RM2, kalo beli 7 pot RM11

Untuk cactus yg besar sikit ceni harga RM4 utk 1 pot, RM11 utk 3 pot
 
Yg colourful sangat ni RM6.50 utk 1 pot. Kalau nak yg campur-campur dalam 1 pasu pun ada. Mcm ni:
 
Kalau macam ni tak sempat tengok plak harga brapa. Hee.
 

Pokok-pokok bunga pun ada jual.CANTIK!
 
Asyik gambar pokok ja. Nak jugak gambar sendiri. :)
 
Tapi honestly kalau nak beli pokok kaktus ni boleh dapat lagi murah kat pasar malam Brinchang. Kat pasar malam jual cactus saiz kecil-kecil tu 8 pot RM11 ja. Cuma pilihan tak banyak sangat la. Aku suka beli cactus kat Cactus Point ni sebab banyak pilihan. :)
 
 
Next stop aku ngn husband singgah Kea Market. Sini banyak jual sayur-sayur, souvenir, buah-buahan & macam-macam lagi lah kan. Sini kalau tengok review ramai org kata harga lebih murah. Kalau nak beli teh boleh dapat harga borong kat sini.
 
 
Aku beli jagung, teh, strawberry & cookies kat sini untuk bawak balik. Sempat jugak grab strawberry kering nak makan dalam kreta. Sedap jugak! Rasa macam asam manis yg jual kt kedai-kedai jeruk tu.
 
 
 
 
Last tempat kami singgah sebelum balik adalah Cameron Lavender. Sini kalau nak masuk kena bayar. Harga tiket untuk orang dewasa RM8. Sebab kami tak banyak ambil gambar berselpie dan berdua, kami pun decide masuk jela Cameron Lavender ni. Tengok dari luar macam cantik je nak amek gambar kat sini.
 
 
Entrance Cameron Lavender
 
Dalam Cameron Lavender ni banyak port cantik-cantik. Best kalau kita nak bergambar. Dalam ni kalau nak petik bunga pun boleh. Tapi kena bayar lah ye. Jangan gatai tangan gi petik kalau tak bayar. Haha. Ni antara gambar-gambar yang sempat kami posing duduk berdiri tunggang tbalik dalam tu.


 



Love lock




 


Bunga-bunga cinta bersama lalang

Acah-acah pandang tempat lain. Hahah.




 
Sampai sini je lah cuti-cuti Malaysia kat Cameron kali ni. Kaki pun dah lenguh jalan nak bawak perut. Selamat bercuti! :)




 




Monday, 25 January 2016

Cameron Highland: Hotel Review

Tahun 2016 ni banyak pulak cuti. So, cuti Thaipusam hari tu amek kesempatan la pi bercuti. Tapi sebab dah masuk 22 minggu pregnant, tak larat lah nak travel jauh-jauh. Saja nak amek angin kat tempat lain ja. So decide ngn husband pi Cameron Highland. Boleh drive ja gi sana. Plan pun last minute.

Masa survey nak book hotel, aku tengok memang kebanyakan hotel-hotel kat kawasan Brinchang lagi mahal berbanding hotel-hotel kat kawasan Tanah Rata. Even mahal sikit, aku prefer stay kat kawasan Brinchang sebab semua tempat-tempat yang aku nak gi jalan-jalan nanti mostly ada kt Brinchang. Kalo stay kat Tanah Rata jauh plak nak gi jalan-jalan dan dah memang kebiasaan kt Cameron ni jalan akan jem sebab ramai orang datang masa cuti sekolah atau cuti umum.So aku prefer cari hotel dekat-dekat dengan pasar malam sebab boleh jalan kaki ja gi sana nnt. Tak sanggup nak ngadap bontot kereta orang depan ja nanti berjam-jam.

Survey punya survey last-last aku dapat harga yang paling berpuas hati dari website Cuti.my . Website ni ada macam-macam pakej percutian yg boleh kita amek dari dalam negara sampai luar negara. Pakej honeymoon pun ada. Harga pun berpatutan. Aku amek pakej 2 hari 1 malam kat Hotel Titiwangsa + Breakfast utk 2 org + Steamboat dinner utk 2 org = RM196.10 (harga ni dah termasuk GST). Aku check in Sabtu ptg. Check out Ahad tengahari. Kalo korang beli weekdays, boleh dapat harga lagi murah.

So, pukul 10.30 am bertolak dari KL. Budget nak sampai Cameron sebelum pukul 3pm. Tapi apakan daya. Pukul 4.30pm baru sampai hotel. Huwaaaaaa. Semua sebab jem kat Brinchang. Aigoo. Stuck kt jem dah dekat 40 minit.Rugi masa dah kat situ. Tapi tak pa lah. Asal selamat sampai.

Gambar masa nak balik dah. Masa sampai tak sempat bergambar pun. Letih. -_-


Sampai ja terus check in, masuk bilik. Bilik pun not bad la. Bersih.Toilet pun bersih. Hotel ni ada wifi, tapi tak guna pun. So, tak tau la slow ke laju tenet nya. Iron tak disediakan untuk setiap bilik. Kalau nak iron baju, pihak hotel dah sediakan iron utk setiap floor kt tepi lif. Gigih la aku pun gi iron baju masa orang dok lalu lalang. 

Masa check in, kena bayar RM30 untuk deposit. Masa tu kita akan dapat sekali voucher untuk steamboat dinner & breakfast. So jangan lupa bawak voucher tu sebab kena tunjuk dekat cashier nanti. Steamboat dinner dia start dari pukul 5.30pm sampai 10pm. 

So aku pun naik bilik, mandi-mandi, solat & bsiap untuk turun gi makan steamboat dalam pukul 6.30pm. Cafe yg disediakan agak luas. Boleh muat dalam 100 orang jugak kot dalam satu-satu masa.So, sampai cafe, tunjuk voucher kat cashier pastu dia bawak kita duk meja kita depends on berapa orang kita datang lah. Atas meja dah ada sup. Korang boleh request nak tukar sup dengan tomyam. Bayar RM3 ja kalau tak silap. Tapi aku prefer sup ja. Then, pelayan akan dtg bawak makanan ats meja. Ada telur, fillet ikan, udang, fillet ayam, macam-macam jenis bebola dan seangkatan dengannya. Untuk sayur-sayur, mee, bihun, nasi, air & sos korang boleh amek banyak mana korang nak. Air hanya ada filter water ngn chinese tea ja.

Boleh makan dah :)


Reti ke tak guna chopstick tu? Macam pelik ja. Haha.
Baru makan separuh jalan. Dah tak larat nak bagi habis. Rehat perut jap 10 minit.

So, untuk steamboat dinner ok ja. Sup sedap. Cuma bahan-bahan makanan yang disediakan tak banyak choice sangat. Tapi ni saja pun dah kenyang dah mak oii.

Untuk breakfast esok harinya ada disediakan mee goreng, kueyteow goreng, nasi lemak, bubur nasi, cereal, roti bakar dan salad. Air plak fresh orange, coffee & tea. Pagi ni ramai pulak orang. Penuh cafe. Aku makan nasi lemak ja. Tu pun dah kenyang.

Western sangat kau minum fresh orange pagi buta. Kalo ikut perut nak minum coffee, tapi ramai sangat beratur nak amek coffee. Malas aku. Grab ja mana tak ramai org.