Wednesday, 8 November 2017

Bercuti di Lexis Hibiscus

Alhamdulillah ada rezeki dapat bawa Sofia pegi holiday. Dah lama sangat rasa tak pegi holiday. Last holiday pegi Genting Highland. Tu pun masa Sofia baru 6 bulan. Sekarang ni dia dah setahun 6 bulan. How time flies. Skrg Sofia dah pandai jalan, best la nak bawa pegi holiday. Takde lah ibu ngn ayah asyik kena dukung je. 😂

So, sebulan sebelum pegi, aku dah booking direct dgn pihak hotel. Booking through email je. So, siapa-siapa yg nk pegi kena booking at least 2 minggu sebelum tarikh check in ye. Dalam email, dorang akan attach sekali confirmation letter. So print out dan bawa masa check in je nanti. Simple. So, aku pegi sana weekdays. Stay for 3d2n, dari hari Ahad sampai Selasa. Waktu check in pukul 4 ptg. Dalam 4.20 ptg aku dah sampai hotel. Dekat je Puchong nk ke Port Dickson. Dalam 110km je. Sejam dh sampai. Check in sgt mudah, cepat dan teratur. Ada lebih kurang 6 kaunter untuk check in. Jangan lupa prepare extra cash untuk deposit. 1 mlm dia akan charge RM200. Aku stay 2 mlm so kena la charge RM400. Boleh juga bayar dgn credit card.

Dah settle check in, dapat 2 access card, dapat voucher jugak utk welcome drink. Welcome drink disediakan di Hibiscus Lounge, dalam lobby hotel tu jugak. Tak jauh pun. Korang boleh guna voucher ni sampai pukul 1am hari korang check in saja ye. Aku tak minum pun. Terus je pegi masuk bilik nak mandi pool. 😁 Kami 1 family stay dalam bilik Executive Pool Villa. So, dari lobby nak ke bilik berderet je ada buggy car yg boleh bawa korang. Tak payah penat-penat jalan kaki. Bilik aku terletak kat daun hibiscus je. So tak jauh sgt pun kalau nak jalan kaki ke bilik. Tapi dah ada kemudahan, baik kita naik buggy car je kn. 😁
Sweet gitu. Sama-sama pakai baju putih. Tapi ni bukan aku ye. Tak tau lah sape naik buggy car sekali. Jadi la model jap. 😁

So, dah masuk bilik apa lagu, perkara 1st aku buat mesti lah amek gambar kan. 😂

Bilik ada 2 katil king. So, boleh muat 4 org dalam 1 bilik.


Ada flat tv, mini fridge, free wifi access. Line wifi mmg laju 👍

Toilet. Segala pintu kt toilet ni mmg takde kunci ye. So jaga-jaga. Tgh best mrmbuang, nnt anak intai pulekkkkk 😂

Lengkap ada losyen, syampu, conditioner, sabun mandi, shaver, sikat, berus dan ubat gigi & shower cap. Hair dryer pun ada.

Shower mandi.

Wardrobe. Ada iron, iron board, payung & bathrobe. Weighing scale pn ada. Kot terlebih makan pegi holiday 😂

Pool. Kolam dia tak besar tapi agak dalam (1.2 metre). So kalau bawa budak make sure bawa float and MAKE SURE ada adults yg teman.

So, sepanjang stay sini ada jugak la kami 1 family jalan-jalan luar dari resort. Saja nak tengok apa yang best dekat Port Dickson ni kan. Lagipun first time datang sini. Tapi malangnya memang takde apa yang best. 😂 Second day pegi Pantai Teluk Kemang yang famous tu. Tapi agam hampa lah sebab pantai dia bagi aku tak sesuai la nak mandi. Kotor dan banyak sampah-sampai terdampat kat tepi pantai oiii. 😑 Kalau nak datang sini untuk minum coconut shake, makan mee bandung ke hape saje nak dapat fefeeling tepi pantai ok lahhh. Kalau nak mandi ermmm, tak payah kot. Pastu ada jugak tanya org sini mana tempat cantik nak amek gambar. Ada orang suggest pegi Pantai Cermin. Org tu kata pantai tu air dia biru. Cantik sgt untuk amek gambar. So kami pun excited lah nak pegi bergambar kt sana. Sampai ja Pantai Cermin........

krik krik

Confuse jap. Mana air yang biru tu? 😂 So, conclusion nya, kami stay jela kt resort. Tapi honestly, kalau korang setakat stay 2 malam kt Lexis Hibiscus ni, korang tak payah keluar dari resort ni pun. Macam-macam aktiviti korang boleh buat. Ada kidz world utk kanak-kanak, ada fish feeding, helicopter ride, & macam-macam lagi. Karaoke pun ada. Nak main pasir tepi pantai pun boleh pegi hibiscus walk je. Private beach. Bersih. Ni gambar kat Hibiscus Walk. Ada banyak stall street food kat sini. Korang boleh beli pastu makan tepi pantai. Bestttt.





Sepanjang stay sini, aku makan kat Roselle Coffee House. Dari breakfast, lunch ngan dinner semua kat sini. Makanan ada yang so so, ada yang sedap, ada yang favourite! Ni semua makanan yang aku sempat snap gambar la sebelum ngap masuk dalam mulut. 😁 Bagi aku harga makanan sini mahal la. Tapi dah standard harga makanan hotel lah kan. Apa boleh buattt. 😁

Claypot Pandan Rice. RM25. Not bad.

Lamb Chop with fragrance rice. RM30. So so. Nasi agak masin.

Cream Mushroom. RM20. Ok je bagi aku. Tapi Sofia yang makan ni. Dia suka sgt! So 👍

Mee goreng mamak. RM25. Yg ni mmg favourite! Sedap gila. 😍

Spaghetti apa nama ntah xingt. 😂 Macam carbonara je rasa dia. RM23. Sedap. Sofia suka 😘

Hawaian Pizza. RM30. So so.

Chocolate shake. RM15. Sedapppppp. Try vanilla shake pun sedap 👍

Chicken chop with fragrance rice. RM28. Rasa sebijik macam nasi lamb chop yg aku makan. Gravy utk ayam pun rasa sama. 

Vege fried rice. RM25. Sedap. Sofia suka 😘

Nasi goreng kampung. RM25. Ni memang sedap. Favourite jugekkk. Sambal belacan dia best, satay sedap, chicken wing pun sedap 👍

Ni free dorang bagi appetizer. Biskut boleh spread dgn pilihan butter, peanut butter, orange marmalade atau egg mayo. Layannnn.

So, setakat tu ja la yang aku boleh share. Harap-harap boleh guide serba sedikit utk korang yang nak pegi Lexis Hibiscus ni. Overall aku kasi 4.5 bintang utk resort ni. InshaAllah kalau ada rezeki lagi memang nak sangat holiday sini lagi.

So peeps, HAPPY HOLIDAY 🎉🎉🎉